22 January 2019

9 Manfaat Membaca Secara Konsisten


Dalam posting 2019 Reading Challenge semalam saya ada bagitahu nak update tentang manfaat membaca, termasuk kesannya ke atas psikologi manusia. Inilah antara sebab kenapa kita mesti membaca secara konsisten.


1. Merangsang otak. Boleh melambatkan risiko atau mengelakkan dari berlakunya Alzheimer dan Dementia. 

2. Mengurangkan stress, iaitu dengan mengalih segala masalah yang berkecamuk dalam kepala dengan membaca. Sebab fokus kita bukan lagi kepada masalah, tapi kepada topik yang sedang kita baca.

3. Meningkatkan ilmu pengetahuan. Okay ini semua orang tahu, makin banyak membaca, makin tinggi ilmu pengetahuan yang akan kita dapat.

4. Mengembangkan perbendaharaan kata. Makin banyak membaca, makin banyak perkataan yang kita jumpa atau kenal. Jadi ia membantu kita untuk memilih perkataan yang tepat dalam menulis dan bercakap.

5. Memperbaiki ingatan. Apabila membaca tentu kita cuba mengingat mana-mana ayat, karakter atau peristiwa yang menarik. Ini dapat membantu kita dalam memiliki daya ingatan yang kuat.

6. Meningkatkan kemahiran berfikir secara analitik. Mereka yang mempunyai kemahiran ini dapat menyelesaikan masalah secara cepat dan efektif. 

7. Memperbaiki daya tumpuan. Sebabnya apabila membaca kita belajar untuk fokus kepada topik atau jalan cerita tersebut. Secara tidak langsung ia dapat melatih daya tumpuan.

8. Menulis dengan lebih baik. Ini berkaitan dengan point nombor 4. Penulisan orang yang suka membaca sedap dibaca, tersusun, dan senang difahami. Sebab mereka tahu untuk memilih perkataan yang tepat untuk sesuatu ayat.

9. Mendapatkan ketenangan. Contohnya dengan membaca buku-buku agama dan motivasi. Ada nilai di situ yang kita boleh ambil dan praktikkan untuk ketenangan hidup.

Okay gaisss itu sahaja. Penerangan yang ringkas dan padat. Untuk penerangan secara detail setiap satu point kemudian ya, terutamanya bab otak, memori, tumpuan, kemahiran berfikir dan menganalisis maklumat. 


FOLLOW saya untuk belajar ilmu psikologi supaya kita lebih memahami diri sendiri dan orang lain.

21 January 2019

2019 Reading Challenge


Aku bukan ulat buku tapi aku suka membaca. Kalau nak tau apa-apa, pertama sekali aku akan cari bahan bacaan. Kemudian baru rujuk guru supaya lebih faham. Sebab aku tak suka mengadap guru dalam keadaan kosong. Nanti terkebil-kebil mata nak tangkap apa benda yang dicakap.

Dua hari lepas tengok rak buku, masih ada buku yang belum habis dibaca, yang belum disentuh pun ada tau haha. Iya aku suka membeli buku, sampai tak terkejar nak habiskan. Macam membazir pula dan membazir itu saudara saitonnnnn. 😂

Memandangkan sekarang ni sedang berehat sementara dari mengajar, dah tak payah nak mengadap buku-buku akademik yang tebal 40 inci, termasuk artikel dan jurnal yang panjang macam keretapi tu. 

Tiba-tiba tinggg datang idea nak buat 2019 Reading Challenge. Nak habiskan baca semua buku di rak tu termasuklah buku-buku yang sudah dibaca. Ambik kauuu, yang sudah dibaca pun nak baca balik. Bukan terlebih rajin, saje nak revise sebab ilmu pengetahuan itu perlu disiram supaya tak mati.

Membaca bukan setakat dapat menambah ilmu pengetahuan, ia lebih dari itu. Esok insya Allah aku kongsikan apa manfaat membaca termasuklah ke atas psikologi manusia.

Kalau uols dah tahu manfaatnya nanti, confirm setiap hari nak membaca. Stay tuned gais!

#MissNick
Bukan Ulat Buku, Ulat Bulu Pun Bukan