08 July 2017

Bebas Masa Bebas Kewangan

Bagus juga facebook ni kan, selalu tunjuk memories yang tahun-tahun sebelumnya. Bagus untuk hantu facebook macam aku ni hehe, sekurang-kurangnya dapat tengok balik apa yang pernah aku update sebelum ni. 

Kalau status yang tujuh lapan tahun lepas tu ada la yang berunsur kurang cerdik dan kurang matang, baca pun rasa errrrrr apa ni, apa ni. Terus zassss delete, buat malu je 😆

Semalam keluar memories di facebook. Ada satu status yang aku post pada tarikh semalam, tahun 2014. Impian inginkan kebebasan masa. Alhamdulillah dua tahun selepas itu aku dapat. 

Sudah setahun lebih aku dapat kebebasan masa. Aku berhenti dari kerja sepenuh masa pada 30 September 2016. Sekarang aku masih bekerja dengan jawatan yang sama tapi status separuh masa. Kebanyakan masa aku berada di rumah uruskan bisnes.

Impian yang satu itu memang aku tulis dan tampal di dinding. Aku target Disember 2016. Alhamdulillah rezeki aku dapat berhenti awal dari apa yang aku target.

Sekarang ni bukan tak sibuk, sibuk juga cuma berbeza berbanding dulu. Kalau dulu aku terkejar-kejar di antara tugas sebagai pendidik dan bisnes. Semput kauuu, stress pun ada kadang-kadang tu haha. Sekarang aku dapat buat kedua-duanya tanpa terkejar-kejar macam dulu. Aku dapat atur masa aku sendiri.

Apa yang kita nak, apa yang kita impikan, sematkan betul-betul dalam minda, tulis dan baca setiap hari. Secara automatik tindakan kita akan terarah kepada usaha untuk capai apa yang telah ditetapkan. Minda kita perlu diberi arahan dan gambaran yang jelas.

Sekarang tengah berusaha untuk kebebasan kewangan. Nak bebas dari sebarang hutang dengan bank yang masih berbaki puluhan ribu ringgit. Aku target maksimum dua tahun akan selesai semuanya. Doakan ya kawan-kawan. Insya Allah, Aamiin.


Gambar dari Google

No comments:

Post a Comment