10 July 2018

Kenali Produk

Sebelum mula atau pada awal berniaga, kenali dulu produk dengan sebaiknya. Ini akan memudahkan kita untuk buat aktiviti sales dan marketing. Okay macam mana cara nak kenal produk? Saya bagi contoh untuk bisnes saya ya. 

Apakah niche, kategori produk, dan jenis produk MissNick Kitchen?

Niche produk - makanan
Kategori produk - biskut/cookies
Jenis produk - produk fizikal


Okay yang kedua saya nak tanya, adakah produk yang korang jual tu keperluan atau keinginan?

Keperluan - produk yang diperlukan segera oleh pelanggan untuk menyelesaikan masalah utama mereka.

Keinginan - produk yang tidak diperlukan dengan segera, tetapi jika dibeli ia memberi lebih kepuasan kepada pelanggan.


...... bersambung.

Nak senang buat copywriting, wajib kenal produk. Nak jawab soalan customers dengan baik, wajib kenal produk. 

No comments:

Post a Comment