5 Manfaat Berjalan Kaki Pada Waktu Pagi


Setelah berminggu badan terasa cepat letih dan lemau disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Ye lah makan tak jaga, main bantai saje apa yang nampak depan mata. Bersenam pun tidak.

Orang bisnes tak boleh lemah lemau lembik gemalai weiii, kang duit pun terhegeh-hegeh nak datang. Orang bisnes mesti berusaha menjaga kesihatan mental dan fizikal, supaya lebih cerdas dan cergas. Jadi sempena tahun baru ini marilah kita kembali kepada gaya hidup sihat, yang sudah dua tiga bulan daku abaikan. Kihkih. 😂

Pagi ni mula dengan morning walk dulu di sekitar kawasan rumah. Kita bagi longgar dulu segala sendi yang sudah berkarat disebabkan kurang bergerak. Lagi seminggu dua baru boleh naik pangkat pergi ke gym pula.




Morning walk adalah antara aktiviti yang saya suka buat. Tak penat tapi berpeluh dan rasa segar. Apa yang best tentang morning walk? Meh sini nak kongsi sikit.


1. Dapat memberi tenaga sepanjang hari. Sebab pagi-pagi lagi kita sudah aktifkan sistem badan supaya bersedia sebaiknya untuk menghadapi hari tersebut.

2. Dapat mengelak dari sikap bertangguh untuk memulakan rutin atau habit yang sihat. Kalau buat pada waktu petang mungkin kita akan tangguh sebab sibuk dengan kerja atau penat. Jadi sebelum buat kerja lain, pergi morning walk dulu.

Sebenarnya nak morning walk ke evening walk ke terpulang pada korang. Ikut kesesuaian dan keselesaan masing-masing. Macam saya sejak bekerja sendiri ni barulah ada masa untuk bersenam pada waktu pagi.

3. Dapat mencipta mindset yang positif. Bersenam pada waktu dianggap sebagai satu kejayaan kecil dan memberikan kita semangat dalam melakukan kerja-kerja yang seterusnya.

4. Membantu mengurangkan berat badan. Okay yang ini saya suka!

5. Dapat menjaga kesihatan terutamanya kesihatan jantung.


Okay itu sahaja. Ada lagi sebenarnya, tapi tak nak taip panjang-panjang. Takut jadi novel aje. Ye lah baru lepas morning walk kensss, bersemangat, rajin, idea pun mencurah katanya. Semoga istiqomah ke arah misi cantik, awet muda, sihat dan kuat mental serta fizikal. Gituuuu.