25 January 2019

9 Waktu Terbaik Untuk Berdoa


Salam Jumaat yang mulia. Semoga memperoleh keberkatan. Insya Allah. 

Dalam proses mengejar sesuatu matlamat, kita perlu berusaha. Tetapi sebagai orang islam, kita perlukan bantuan Allah SWT untuk permudahkan segala urusan kita. Kita lemah, kita tak mampu untuk uruskan sendiri kecuali dengan izin Allah SWT. Sentiasa bercerita dan terus mengadu kepada-Nya tentang apa sahaja hajat kita.

Bagaimana caranya? Iaitu melalui doa. Ini adalah antara 9 waktu terbaik untuk berdoa:

1. Waktu di antara azan dan iqamat.

2. Sewaktu sujud dalam solat.

3. Setiap kali selepas solat fardhu.

4. Waktu sahur dan sepertiga malam terakhir.

5. Ketika berbuka puasa.

6. Semasa solat, iaitu sebelum salam.

7. Semasa hujan

8. Waktu menziarahi makam Rasulullah SAW

9. Waktu melakukan urusan penting, sedang dalam kerisauan, kesulitan dan kekecewaan.

No comments:

Post a Comment