01 January 2019

Kenapa Pentingnya To Do List Dalam Urusan Harian Kita


Sebagai manusia yang banyak benda nak kena fikir dalam kepala, saya wajib buat to do list dalam urusan harian. Kalau tidak, hurmmm habis ke Laut China Selatan perginya. Ada sahaja kerja yang, ehhh ini belum siap, ehhh ini lupa nak buat.

To do list ini bukan setakat untuk pastikan kerja kita dapat disiapkan pada hari tersebut. Tujuannya lebih dari itu. Sila tunggu dan jangan lari. Baca sampai habis ya hehe.

1. Susun Atur Tugas Dengan Lebih Baik

Dapat membantu kita menguruskan banyak perkara dengan teratur dan dalam keadaan yang selesa. 

Kita dapat lihat dengan lebih jelas mana tugas yang sudah dan belum diselesaikan. Seterusnya bantu kita untuk lebih fokus.

Setiap kali selesai setiap satu tugasan, akan ada satu perasaan yang buat kita bahagia, dan merangsang diri untuk terus bergerak menyelesaikan tugasan yang seterusnya.

2. Menguatkan Ingatan

To do list berfungsi sebagai alat bantuan ingatan. Sebabnya kita tak mampu nak mengingat semua perkara dalam satu masa. 

Manusia ni ada short-term memory (ingatan jangka pendek). Awalnya sudah tahu apa nak buat, setengah jam kemudian boleh pula terlupa. Jadi cek balik to do list.

3. Meningkatkan Produktiviti

Dengan membuat senarai tugasan, kita dapat melihat dengan jelas mana tugas penting yang perlu diberi keutamaan dan yang kurang penting. Jadi susun satu persatu. Buat dulu tugas yang paling penting, kedua penting, dan seterusnya sampai siap.

Jadi masa kita tidak terbuang dengan kerja-kerja yang remeh atau tidak penting. Contohnya scroll facebook dua tiga jam tanpa tujuan.

Fokus fokus fokus. Letak tepi dulu handphone. Letak tepi dulu kawan yang ajak membawang. Kalau kerja tak siap kita yang menanggung akibatnya.

4. Memberi motivasi

To do list adalah alat motivasi. Macam mana tu?

Sebelum itu nak bagitahu, motivasi bukan memberi nasihat ya. Ramai yang salah faham dengan maksud motivasi. Motivasi berasal dari perkataan motive and action. Apa matlamat dan apa tindakannya.

Motivasi membantu kita untuk bergerak. Katakan kita ada matlamat yang hendak dicapai. Untuk capai perlu ada usaha dan tindakan. Jadi tulis dalam to do list setiap hari apa tugasan (tindakan) yang perlu dibuat untuk capai matlamat tersebut.


Jadi apa tunggu lagi. Senaraikan tugasan yang perlu dibuat hari ini juga. Cepat-cepat jangan lambat-lambat ahaaa. Cuba praktis, memang seronok sebab ia dapat mengurangkan tekanan terutamanya waktu hari sibuk mengalahkan Perdana Menteri. Hidup lebih terurus dan masa tidak terbuang begitu sahaja.


No comments:

Post a Comment