25 January 2019

Resepi Apple Smoothie


Smoothie epal yang dibuat dengan menggunakan resepi ni memang perghhh tak tau nak describe macam mana rasa dia tu. Korang bayangkan eh epal yang dikisar dengan almond, susu, madu, dan yogurt. Haaa kena buat dulu baru tau nikmat dia boleh pergi jauh mana.


Bahan-bahan:
  • 2 biji epal hijau atau merah (kupas kulit dan potong)
  • 1 cawan susu (saya guna full cream milk)
  • 6 sudu makan yogurt perisa vanilla atau asli
  • 10 biji almond (kalau guna serbuk almond, letak 2 sudu makan)
  • 2 sudu makan madu

Cara-cara membuat:
  1. Kupas epal dan potong kepada 4 bahagian. Jangan lupa buang yang bahagian tengah sekali dengan biji tu.
  2. Masukkan epal tadi ke dalam blender. Kemudian masukkan almond, susu, yogurt, dan madu.
  3. Kalau nak sejuk boleh masukkan ais blend sekali. Nak masukkan kemudian lepas siap blend pun boleh.
  4. Blend sampai campuran tadi betul-betul hancur dan sebati. 
  5. Okay siap! 


Smoothie epal tak boleh simpan lama-lama tau. Kena habiskan dalam masa setengah lebih kurang. Kalau tak ia akan jadi warna jadi kecoklatan gitu. Ye lah macam kita potong epal fresh letak dalam pinggan la, kalau dibiarkan terus bertukar warna.









No comments:

Post a Comment