12 January 2019

The Power of Knowledge


Wang, kuasa, cinta, dan harta benda boleh datang dan pergi dalam hidup kita. Hanya satu yang menjadi bekalan untuk kehidupan di dunia dan akhirat, iaitu ilmu pengetahuan. 

Ilmu adalah rezeki. Melalui ilmu dapat menjadikan sesuatu kerja itu sedikit mudah dan ringan berbanding jika tak ada ilmu. Allah juga memberikan ganjaran pahala untuk mereka yang berusaha mencari ilmu.

Ilmu perlu dipelajari sepanjang hayat. Tak semestinya kena belajar sampai tahap PhD untuk jadi orang yang berilmu. 

Kenapa ilmu pengetahuan itu penting?

1. Memberi kebebasan. Apabila ada ilmu kita tidak bergantung sepenuhnya kepada orang lain dalam melakukan sesuatu kerja atau membuat keputusan.

2. Penghormatan. Orang yang berilmu lebih dihormati kerana mereka membantu orang lain dalam membangunkan kehidupan. Juga menjadi tempat rujukan dalam sesuatu perkara.

3. Penghargaan kendiri. Ilmu dapat menjadikan kita seorang yang berkeyakinan dalam melakukan sesuatu perkara. Jika ada masalah, kita mudah mencari jalan penyelesaian.

4. Menjadikan diri kita lebih positif, bermotivasi, komited, dan berdikari.

5. Menjadikan diri lebih bermoral atau beretika. Contohnya, apabila kita ada pengetahuan tentang konsep sedekah. Kita akan jadi lebih seronok untuk beramal dan membantu mereka yang lebih memerlukan.

Belajarlah setinggi mana pun, belajarlah ilmu apapun asalkan yang baik-baik dan bermanfaat. Ilmu dan akhlak perlu seiring, itu lebih baik.


No comments:

Post a Comment