16 July 2019

Resepi Puding Roti Sos Kastad


Asyik Asyik up resepi lauk aje kan. Jadi hari ni kita ubah selera sikit. Dah lama sebenarnya saya tak buat puding roti ni. Alhamdulillah menjadi juga puding rotinya. Tahap menjadinya tu layak la untuk dijual. Hahaha asyik fikir nak menjual aje. Otak bisnes katanya. 😂

Sedap sangat makan dengan sos kastad sejuk sejukkk. Okay jom tengok resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING ROTI

8 keping roti
*500 ml fresh milk atau full cream milk
*2 sudu besar butter (biarkan pada suhu bilik supaya lembut)
*60 gm brown sugar. Gula putih biasa pun boleh.
*3 biji telur
*1 sudu teh esen vanilla
Kismis 


BAHAN-BAHAN UNTUK SOS KASTAD

1 tin susu cair
3/4 cawan air
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula


CARA MEMASAK

1. Campurkan semua bahan yang bertanda * dalam satu bekas. Kacau atau pukul semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
2. Roti dipotong kecil atau nak koyakkan pun boleh. Susun roti dalam loyang.
3. Tuang bahan-bahan yang dipukul tadi ke atas roti. Biarkan sekejap sehingga adunan meresap ke seluruh bahagian roti. Kemudian taburkan kismis.
4. Sementara itu, panaskan oven dengan suhu 180C dan bakar selama 50 minit, atau bergantung kepada oven masing-masing. Api atas bawah ya. 
5. Untuk sos kastad, masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk. Masakkan dengan api yang sangat kecil. Sentiasa kacau sampai pekat.
6. Apabila sudah masak, tunggu sejuk dulu baru potong, dan sedia untuk dihidang. Sos kastad tu letak dalam peti ais lagi sedap. Rasa berkrim sejuk-sejuk gitu bila dimakan.


Okay siap. Selamat mencuba!


 Bahan-bahan yang bertanda *

 Campurkan bahan-bahan yang bertanda * dan pukul hingga sebati

 Susun roti elok-elok. Nak potong boleh, nak koyakkan pun boleh.

 Tuangkan adunan ke dalam loyang. Biarkan sekejap bagi meresap ke seluruh bahagian roti.

 Ini dia kita masak sos kastad pulak sementara tunggu puding masak kat dalam oven.

 Tinggg bunyi oven. Okay siap dah.

Ini dia puding roti sos kastard banjir. Makan sejuk sejuk huiiii sedapnya.


#MissNickMasak
#ResepiPudingRotiSosKastad

15 July 2019

Resepi Ayam Sambal Hijau


Haiii missnick kembali lagi dengan resepi hot lagi meletop macam tuannya kihkihkih. Hot meletop la sangatttt. Tak berapa nak hot la sebab cuaca sejuk hari ni.

Biasanya kita duk makan ayam sambal merah aje kan. Haaa apa  kata kali ni kita masak ayam sambal hijau pulak. Serius sedap tau. Tengah taip ni pun saya boleh telan air liur hahaha. Okay jom tengok resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

500 gm ayam (dibasuh dan toskan)
3 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar (dihiris)
3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak


BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)

5 biji cili hijau
12 biji cili api hijau (kalau nak lagi pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia


CARA MEMASAK

1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak.
2. Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.
3. Kalau nak ada kuah, tambahkan sedikit air.
4. Masukkan ayam, bawang besar, gula, dan garam. Kacau sehingga rata.
5. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi. 


Okay siap. Selamat mencuba!

 Bahan-bahan untuk dikisar

 Kita gooooreng ayam sampai masak

 Tumis bahan-bahan kisar tadi dengan serai. Tumis sampai wangi dan pecah minyak.

Pungpang pungpang pungpang siappp!


#MissNickMasak
#ResepiAyamSambalHijau

12 July 2019

Resepi Daging Dendeng


Semalam masak daging dendeng. Cadangnya nak update resepi semalam. Lepas tu tak sempat, sibuk menguruskan hal negara. Hahaha!


Sebenarnya daging dendeng ni ada macam-macam versi. Jangan nak komen ini bukan daging dendeng sebab moyang jiran sebelah punya jiran sebelah tak buat macam gini haha. Ini versi pertama tau. Lain kali saya update lagi daging dendeng versi lain pulak. Okay jom tengok resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

500 gm daging lembu (tanpa lemak)
2 inci halia (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
½  cawan air (saya guna air rebusan daging)
½ cawan kicap manis
Garam secukup rasa
Minyak masak


BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)

7 tangkai cili kering / 3 sudu makan cili kisar
3 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ sudu makan rempah kurma
½ makan gula


CARA MEMASAK

1. Bersihkan daging. Kemudian masukkan daging ke dalam periuk bersama dengan sedikit garam, serai, dan halia. Rebus sehingga lembut.
2. Daging dihiris nipis (ini bagi yang masak daging seketul besar, saya beli daging yang dah siap dihiris kecil).
3. Goreng daging supaya sedikit garing dan angkat. Kalau tak nak goreng pun boleh.
4. Tumbuk daging di dalam lesung supaya lebih lembut.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
6. Masukkan daging, kicap, dan air. Masukkan juga serai yang digunakan untuk merebus daging tadi. Masak sehingga pekat.
7. Apabila rasa semua cukup, boleh angkat dan sedia untuk dihidang.


Okay siap. Selamat mencuba!


 Masukkan air dan rebus daging sampai lembut

 Ini bahan-bahan untuk dikisar. Gula tu saya guna brown sugar. Mana-mana gula pun boleh.

 Goreng

 Selepas ditumbuk

Keletung keletang keletung keletang. Okay siappp! Gambar tengah masak daging dalam kuali tak ada. Lupa nak ambik haha. Tau tau dah masuk dalam pinggan.


#MissNickMasak 
#ResepiDagingDendeng

Resepi Udang Masam Manis


Haiiii semua. Lamanya saya tak masak udang sweet sour ni. Tiba-tiba tekak ni teringin la pulak. Orang kata kalau teringin jangan ditahan tahan, nanti siang malam duk terbayang. Mandi udang, tidur udang. Haaa gitu.

Jadi marilah kita masak udang masam manis. Okay jom tengok resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

• 500 gm udang (dibersihkan)
• 1 labu bawang besar dihiris
• 1 biji tomato (dipotong 6)
• 6 sudu makan sos cili
• 6 sudu makan sos tomato
• 1 sudu teh gula
• 1 cawan air
• Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN B (DIHIRIS)

• 4 biji bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 2 biji cili merah/hijau


CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan B sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan goreng sehingga masak.
3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam, air, tomato, dan bawang besar. Kemudian kacau seketika sehingga rata.
4. Kalau nak pekatkan kuah boleh biarkan sekejap di atas dapur. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


Okay siap. Selamat mencuba!










Nahhh udang sepinggan sekali hadap je haha!

05 July 2019

Resepi Ikan Bakar Tomyam


Buka peti ais tengok ada ikan siakap. Nak masak apa eh? Fikir punya fikir, tinggg dapat idea nak buat ikan bakar tomyam.
  
Korang kena cuba tau sebab dia punya sedap tu macam makan di kedai ikan bakar. Gituuuu hehe. Sedap sungguh ni tak tipu, terutamanya sambal tomyam tu. Makan dengan nasi panas-panas fuhhh tak sedar sampai dua pinggan tambah nasi haha. Okay jom tengok resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
2 sudu makan pes tomyam
6 helai daun limau purut
1 sudu makan jus limau nipis atau limau kasturi
1 biji tomato (dipotong)
2 biji limau kasturi
Aluminium foil


BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)

2 biji cili merah
4 biji cili api (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
3 batang serai
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih


CARA MEMASAK

1. Gaulkan bahan-bahan yang sudah dikisar bersama dengan pes tomyam dan letakkan di atas aluminium foil.
2. Letakkan ikan dan ratakan bahan-bahan yang dikisar tadi ke seluruh bahagian ikan. 
3. Letakkan daun limau purut dan tomato. Kemudian bungkus ikan dengan aluminium foil dengan kemas.
4. Bakar di dalam kuali leper atau peralatan khas untuk bakar ikan. Bakar selama 30 minit.
5. Apabila sudah masak boleh perahkan limau kasturi sebelum dihidang.


Okay siap. Selamat mencuba!

 Kisar dulu bahan-bahan B. Kalau perlu masukkan air sikit sebab ada sesetengah pengisar kena masukkan air, kalau tak bahan-bahan tu tak hancur.

 Jadi inilah dia hasil bahan-bahan yang dikisar tadi yang sudah dicampurkan dengan pes tomyam

 Hias comel comel macam gini

 Bungkus kemas kemas macam bungkus kain nak lari dari rumah. Lepas tu bakar guna kuali leper atau tempat bakar ikan tu. Jangan tanya beli kat mana. Tak tau sebab orang bagi hadiah.

Okay siap. Selamat menjamu selera!

02 July 2019

Resepi Ayam Buttermilk


Haiii lama dah saya tak share resepi dekat sini. Nak taip resepi pun rasa macam kekok aje haha. Okay tidak mengapa, sis cuba okay! Doakan sis rajin update resepi banyak banyakkk lepas ni. 

Ayam masak buttermilk adalah kegemaran kami suami isteri. Pinggan nasi, pinggan ayam wajibul licin tak tinggal sisa. Nampak tak dia punya level kegemaran tu macam mana, bukan biasa-biasa boss. Okay jom tengok resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

3 bahagian isi ayam dipotong kecil
3 sudu besar butter
4 biji cili padi dihiris (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
2-3 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih dicincang halus
1 cawan susu cair (kalau nak kuah lebih boleh letak 1 tin)
2 sudu teh serbuk cukup rasa. Kalau tak ada, boleh letak gula dan garam secukup rasa.


BAHAN-BAHAN B (UNTUK PERAP AYAM)

1 biji telur
3 sudu teh serbuk kari
2 sudu teh tepung gandum/tepung jagung/tepung beras
½ sudu teh garam


CARA MEMASAK

1. Campurkan semua bahan-bahan B di dalam satu mangkuk, masukkan ayam dan gaul rata. Perap lebih kurang setengah jam.
2. Goreng ayam tadi sehingga masak dan ketepikan.
3. Panaskan kuali dengan butter. Masukkan bawang putih, cili, dan daun kari. Tumis sehingga wangi.
4. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih dan masukkan serbuk cukup rasa.
5. Masukkan ayam dan masak seketika sehingga kuah agak sedikit pekat.


Okay siap. Selamat mencuba!

 Kita perap dulu ayam. Saya letak 2 biji telur tu sampai berendam kelemasan ayam.

 Lepas tu kita gorenggggg dia

 Ini bahan-bahan untuk buat kuah buttermilk tu. Susu cair lupa nak enterprem.

 Tumis dulu sampai naik bau

 Masukkan susu. Saya letak 1 tin sebab nak kuah banyak. Lagi satu malas nak simpan balance sebab takde plan nak guna, susu cair kan cepat rosak, jadi guna aje la semua hehe.

Tadaaaa siap. Sila makan dengan gembira.