02 July 2019

Resepi Ayam Buttermilk


Haiii lama dah saya tak share resepi dekat sini. Nak taip resepi pun rasa macam kekok aje haha. Okay tidak mengapa, sis cuba okay! Doakan sis rajin update resepi banyak banyakkk lepas ni. 

Ayam masak buttermilk adalah kegemaran kami suami isteri. Pinggan nasi, pinggan ayam wajibul licin tak tinggal sisa. Nampak tak dia punya level kegemaran tu macam mana, bukan biasa-biasa boss. Okay jom tengok resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

3 bahagian isi ayam dipotong kecil
3 sudu besar butter
4 biji cili padi dihiris (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
2-3 tangkai daun kari
4 ulas bawang putih dicincang halus
1 cawan susu cair (kalau nak kuah lebih boleh letak 1 tin)
2 sudu teh serbuk cukup rasa. Kalau tak ada, boleh letak gula dan garam secukup rasa.


BAHAN-BAHAN B (UNTUK PERAP AYAM)

1 biji telur
3 sudu teh serbuk kari
2 sudu teh tepung gandum/tepung jagung/tepung beras
½ sudu teh garam


CARA MEMASAK

1. Campurkan semua bahan-bahan B di dalam satu mangkuk, masukkan ayam dan gaul rata. Perap lebih kurang setengah jam.
2. Goreng ayam tadi sehingga masak dan ketepikan.
3. Panaskan kuali dengan butter. Masukkan bawang putih, cili, dan daun kari. Tumis sehingga wangi.
4. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih dan masukkan serbuk cukup rasa.
5. Masukkan ayam dan masak seketika sehingga kuah agak sedikit pekat.


Okay siap. Selamat mencuba!

 Kita perap dulu ayam. Saya letak 2 biji telur tu sampai berendam kelemasan ayam.

 Lepas tu kita gorenggggg dia

 Ini bahan-bahan untuk buat kuah buttermilk tu. Susu cair lupa nak enterprem.

 Tumis dulu sampai naik bau

 Masukkan susu. Saya letak 1 tin sebab nak kuah banyak. Lagi satu malas nak simpan balance sebab takde plan nak guna, susu cair kan cepat rosak, jadi guna aje la semua hehe.

Tadaaaa siap. Sila makan dengan gembira.

No comments:

Post a Comment