12 July 2019

Resepi Daging Dendeng


Semalam masak daging dendeng. Cadangnya nak update resepi semalam. Lepas tu tak sempat, sibuk menguruskan hal negara. Hahaha!


Sebenarnya daging dendeng ni ada macam-macam versi. Jangan nak komen ini bukan daging dendeng sebab moyang jiran sebelah punya jiran sebelah tak buat macam gini haha. Ini versi pertama tau. Lain kali saya update lagi daging dendeng versi lain pulak. Okay jom tengok resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

500 gm daging lembu (tanpa lemak)
2 inci halia (diketuk)
2 batang serai (diketuk)
½  cawan air (saya guna air rebusan daging)
½ cawan kicap manis
Garam secukup rasa
Minyak masak


BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)

7 tangkai cili kering / 3 sudu makan cili kisar
3 biji cili merah
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
½ sudu makan rempah kurma
½ makan gula


CARA MEMASAK

1. Bersihkan daging. Kemudian masukkan daging ke dalam periuk bersama dengan sedikit garam, serai, dan halia. Rebus sehingga lembut.
2. Daging dihiris nipis (ini bagi yang masak daging seketul besar, saya beli daging yang dah siap dihiris kecil).
3. Goreng daging supaya sedikit garing dan angkat. Kalau tak nak goreng pun boleh.
4. Tumbuk daging di dalam lesung supaya lebih lembut.
5. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi.
6. Masukkan daging, kicap, dan air. Masukkan juga serai yang digunakan untuk merebus daging tadi. Masak sehingga pekat.
7. Apabila rasa semua cukup, boleh angkat dan sedia untuk dihidang.


Okay siap. Selamat mencuba!


 Masukkan air dan rebus daging sampai lembut

 Ini bahan-bahan untuk dikisar. Gula tu saya guna brown sugar. Mana-mana gula pun boleh.

 Goreng

 Selepas ditumbuk

Keletung keletang keletung keletang. Okay siappp! Gambar tengah masak daging dalam kuali tak ada. Lupa nak ambik haha. Tau tau dah masuk dalam pinggan.


#MissNickMasak 
#ResepiDagingDendeng

No comments:

Post a Comment