05 July 2019

Resepi Ikan Bakar Tomyam


Buka peti ais tengok ada ikan siakap. Nak masak apa eh? Fikir punya fikir, tinggg dapat idea nak buat ikan bakar tomyam.
  
Korang kena cuba tau sebab dia punya sedap tu macam makan di kedai ikan bakar. Gituuuu hehe. Sedap sungguh ni tak tipu, terutamanya sambal tomyam tu. Makan dengan nasi panas-panas fuhhh tak sedar sampai dua pinggan tambah nasi haha. Okay jom tengok resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
2 sudu makan pes tomyam
6 helai daun limau purut
1 sudu makan jus limau nipis atau limau kasturi
1 biji tomato (dipotong)
2 biji limau kasturi
Aluminium foil


BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)

2 biji cili merah
4 biji cili api (kalau nak lagi pedas boleh tambah)
3 batang serai
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih


CARA MEMASAK

1. Gaulkan bahan-bahan yang sudah dikisar bersama dengan pes tomyam dan letakkan di atas aluminium foil.
2. Letakkan ikan dan ratakan bahan-bahan yang dikisar tadi ke seluruh bahagian ikan. 
3. Letakkan daun limau purut dan tomato. Kemudian bungkus ikan dengan aluminium foil dengan kemas.
4. Bakar di dalam kuali leper atau peralatan khas untuk bakar ikan. Bakar selama 30 minit.
5. Apabila sudah masak boleh perahkan limau kasturi sebelum dihidang.


Okay siap. Selamat mencuba!

 Kisar dulu bahan-bahan B. Kalau perlu masukkan air sikit sebab ada sesetengah pengisar kena masukkan air, kalau tak bahan-bahan tu tak hancur.

 Jadi inilah dia hasil bahan-bahan yang dikisar tadi yang sudah dicampurkan dengan pes tomyam

 Hias comel comel macam gini

 Bungkus kemas kemas macam bungkus kain nak lari dari rumah. Lepas tu bakar guna kuali leper atau tempat bakar ikan tu. Jangan tanya beli kat mana. Tak tau sebab orang bagi hadiah.

Okay siap. Selamat menjamu selera!

No comments:

Post a Comment