Resipi Chocolate French Toast


Assalamualaikum...

Alhamdulillah buat pertama kalinya sepanjang blogging, aku berjaya update resepi pada hari pertama ia disediakan. Okey syabas untuk diri sendiri! Kalau aku tak update terus hari ni kan confirm minggu depan, bulan depan atau pun tahun depan baru aku update tau...penyakit apakah ini???? Itu la orang kata kan bertangguh itu tak baik hehe.

Hari ni Sabtu, hari bersenang lenang berseronok di rumah. Kalau sebelum ni aku mengajar part time hari Sabtu. Sekarang tiada lagi, maka hati ku senang tidak perlu lagi fikir tentang tugas ajar mengajar. Cukuplah mengajar lima kali seminggu je. Weekend boleh spend time dengan kesayangan, menghadap blog, dan dapat berikan fokus yang lebih kepada bisnes. Itu penting tau sebagai terapi untuk hidup bahagia…gituuu.

Pagi tadi aku sediakan roti je untuk breakfast kami suami isteri, dan minum teh blueberry panas panas. Roti bukan sebarang roti tau. Jom tengok macam mana nak buat Chocolate French Toast ni.



Bahan-bahannya:

- 6 keping roti
- 2 biji telur
- 1/2 cawan susu cair
- 1/2 sudu kecil gula
- 1/2 sudu kecil esen vanilla
- Secubit garam
- Kepingan coklat
- 1 sudu besar mentega / marjerin
- Sedikit gula (untuk tabur)

Cara menyediakannnya:

1 - Campurkan telur, susu cair, gula, esen vanilla, dan garam dalam satu bekas. Pukul dan tuang sedikit daripada adunan ke dalam bekas lain. Celupkan roti dan susunkan kepingan coklat di atasnya.

2 - Tutup dengan sekeping lagi roti. Kemudian tuang adunan yang satu lagi di atasnya dan pastikan adunan tersebut menyaluti keseluruhan roti.

3 - Panaskan mentega dan goreng roti kedua-dua bahagian hingga kekuningan.

4 - Selepas itu angkat dan taburkan sedikit gula di atasnya.


 
Celupkan roti dalam adunan



 Susun kepingan coklat di atas roti



Tutup dengan sekeping lagi roti dan tuang adunan di atasnya


Lepas tu letak atas pan yang sudah dipanaskan... dan inilah hasilnya


Roti tu korang nak goreng kekuningan ke kecoklatan ke tak kisah. Jangan sampai kehitaman, itu dah hangit namanya. Kemudian potong dua bahagian roti tu barulah nampak coklatnya. Bayangkan roti yang kaya dengan coklat dan cair pula di dalamnya. Rasa lemak manis masin semua ada. Sedap uolsss.

Okey bye....selamat mencuba!