Resipi Sup Tulang Simple


Okey nak belanja resepi lagi. Kali ni sup tulang pula tapi simple je, yang penting sedap hehe. Puji masakan sendiri uolsss. Ye la nak tunggu korang puji memang tak la kan haha. Simple simple pun jangan buat sambil pejam mata, nanti sup ke mana korang pula yang masuk hospital sebab melecur.

Syhhhhh ini resepi tahun lepas ye, masa ni first time buat sup tulang. Sebenarnya tulang ni bawa dari kampung, so dah masak siap-siap guna pressure cooker sebab kat rumah aku ni takde periuk tekanan tu. Kalau guna periuk biasa jenuh juga nak tunggu empuk. Senang sampai Selangor tinggal masak macam masak sup ayam je sebab tulang dah empuk kan. Ok tak payah cakap banyak, jom tengok resepinya.




Bahan-bahan:

- 1kg tulang lembu
- 5 ulas bawang merah (dihiris)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- 1 bunjut sup tulang (aku guna khas untuk sup tulang...jenama tak ingat dah)
- 1 sudu besar rempah sup 
- 2 biji kentang (dipotong)
- Daun sup (dihiris)
- Bawang goreng
- Sedikit minyak masak
- Garam

Cara Memasak:

1. Di dalam periuk tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, rempah sup yang dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga wangi dan terbit minyak.
2. Masukkan air ke dalam periuk, sup bunjut tulang, kentang, dan tulang lembu tadi. Masak sampai kentang empuk. Tak perlu tunggu lama sebab tulang awal-awal dah masuk pressure cooker.
3. Masukkan garam secukup rasa dan sedia untuk dihidangkan.
4. Semasa hidang taburkan daun sup dan bawang goreng.


Haaaaa senangkan. Korang yang baru nak belajar masak tu boleh cuba ni. Sekian!