Percaya Sebelum Berjaya


Aku selalu terbaca komen-komen sama ada di facebook dan instagram, terutamanya di posting yang bercerita tentang kejayaan, beli rumah, beli kereta, melancong sana sini, dan seumpamanya.


Komennya lebih kurang begini, “senangnya dapat beli rumah besar, banyak betul duit dia ni, tak payah nak kerja keras macam kami”….. “bestnya diaorang dapat melancong pusing Europe, aku mampu tengok je lah, tak payah bermimpi memang tak dapat pergi pun” ..... “ahhh kau untung la boleh beli kereta mahal, kalau aku ni mustahil la nak dapat, bau kereta mahal pun tak”


Sesungguhnya Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya. Kenapa mengalah sebelum berjuang? Kalau kita tak cuba, tak mulakan langkah pertama, kita tak akan tahu sejauh mana kita boleh berlari.


Setiap orang yang berjaya mereka ada satu prinsip iaitu, PERCAYA SEBELUM BERJAYA. Mereka berusaha dengan penuh keyakinan. Yakin bahawa tindakan itu akan membuahkan hasil. Kalau tak dapat sebijik macam yang kita inginkan pun, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang kita bawa pulang, bukannya pulang dengan tangan kosong. Kalau kita sendiri pun tak percaya pada kelebihan dan kekuatan diri, habislahhh.


Tiada benda mudah dalam dunia ni. Nak sesuatu semuanya perlukan usaha yang maksimum. Kena usaha dulu tengok apa hasilnya. Mereka yang berjaya tu tidak ada seorang pun yang dapat hasil dari duduk goyang kaki.


Yang kerjanya goyang kaki itu adalah tukang jahit. Tapi zaman sekarang ni kebanyakan tukang jahit pun dah guna mesin elektrik.


Harap dapat sesuatu dari tulisan ini. Pesanan untuk diri sendiri juga untuk terus bertahan dalam perjuangan mengejar matlamat.




Post a Comment

0 Comments