Panic Attack vs. Panic Disorder


Soalan: Saya ada panic attack. Adakah saya mengalami kecelaruan mental?


Tidak pasti. Kecelaruan mental atau masalah kesihatan mental hanya boleh disahkan oleh psychiatrist sahaja. Kita tak boleh buat diagnosis sendiri.


Kebanyakan orang akan mengalami panic attack dalam kehidupannya walaupun sekali, dan ketakutan itu akan berlalu pergi apabila situasi yang menyebabkan tekanan itu berakhir. Hal ini normal.


Jika panic attack itu berulang, berlaku tanpa dijangka, dan berada dalam kebimbangan dalam tempoh sebulan atau lebih, anda mungkin mengalami panic disorder (kecelaruan panik). Hal ini tidak normal. Dan untuk kepastian ia perlu disahkan oleh doktor psikiatri.


Sesiapa yang kerap mengalami panic attack tidak boleh ambil ringan ya, mesti dapatkan rawatan segera. Hal ini penting supaya kita dapat hidup dengan tenang dan bebas dari tekanan yang negatif.


Image by OpenClipart-Vectors from Pixabay


Post a Comment

0 Comments