Berhenti Membandingkan Hidup Kita Dengan Orang Lain


Bestnya tengok hidup orang tu. Cantik, educated, dan berduit. Kenapa hidup aku tak macam tu?


Bestnya tengok mereka suami isteri. Bahagia je, suaminya selalu belikan hadiah untuk isteri. Kenapa suami aku tak pernah belikan aku apa-apa?


Kenapa jadi macam tu? Sebab kita suka bandingkan hidup kita dengan orang lain.


Jadi macam mana nak berhenti membandingkan hidup kita dengan orang lain? Haaa sila baca sampai habis.


Masalah banding membanding ni dah lama sebenarnya, dulu-dulu lagi. Ia makin ketara sejak ada media sosial. Kita selalu dok scroll tengok life orang sampai bagi kesan negatif kepada emosi. Kita rasa kita lah manusia paling malang atas dunia ni. Lepas tu mula la sedih dan fikir macam-macam.


Sedangkan apa yang dipamerkan di media sosial bukan tentang keseluruhan hidup orang tu. Biasanya orang pilih apa yang dia nak tunjuk. Tak semestinya kita nampak dia cantik, selalu makan sedap, nampak bahagia, ceria, positif, maknanya itu aje yang dia lalui setiap masa, setiap hari. Takkk!


Ada waktu dia serabai serabut takde mood, ada waktu dia letih, ada waktu dia terpaksa catu duit jadi tak boleh makan sedap, ada waktu dia bergaduh suami isteri. Cuma tak tunjuk di media sosial.


Mari sini missnick share 5 langkah yang kita boleh buat untuk hentikan semua ini dan kembali menghargai diri sendiri.


1. Tukar fokus kita dari luaran ke dalaman. Maksudnya jangan sibuk tengok kelebihan orang lain. Tengok dan perhatikan diri kita. Manfaatkan sebaiknya nilai dan kelebihan yang kita ada.

2. Hadkan masa melihat media sosial. Kalau takde kerja takde tujuan, tak perlulah scroll semua tu sampai berjam-jam. Fokus perkara lain yang lebih penting.

3. Jadikan seseorang sebagai sumber inspirasi, lebih dua tiga orang pun takpe. Tak semestinya orang tu famous. Kita bukan nak follow sebab kehidupan dia sangat wowww.

Tapi kita nak tengok macam mana dia handle ups and downs hidup dia. Macam mana dia kerja keras untuk ubah hidup. Bukannya jenis yang menayang seolah hidup ni perfect seratus peratus.

Atau macam pemilik blog ini, yang rajin bercerita macam mana nak kawal diri, nak hidup gembira dan bahagia dengan cara sendiri. Eh! Sempat lagi enter frame. 

4. Kena ingat makna kejayaan setiap orang tak sama. Walaupun kita kejar benda yang sama, tapi perjalanan, tahap kepayahan dan pengalaman setiap orang berbeza, yang akan menghasilkan results yang berbeza.

Orang yang kita tengok sangat wowww itu kita tak tahu di belakang kita mereka macam mana, entah entah kita pun tak sanggup nak hadap kesusahan tu.

5. Raikan bukan bandingkan. Bila kita gembira dengan kejayaan orang lain, kita juga akan gembira dengan perjalanan kita untuk sampai ke tahap yang kita ada sekarang. Itu adalah kejayaan kita.

Maksudnya kita pandang apa yang kita ada, kita berlari atas track sendiri. Apa sahaja yang berlaku kita terus fokus dengan apa yang kita nak, jangan sibuk nak pandang kiri kanan. Ini akan buat kita sentiasa happy, bahagia, ceria, berani hadap cabaran dan terus positif.


Hari ni rajin menulis panjang berjela. Silakan SHARE jika bermanfaat. Sama-sama kita bantu mereka yang tengah struggle dengan masalah di atas ya.


P/S: Take care of yourself - mentally and physically




Post a Comment

0 Comments