Guna Ilmu Psikologi Untuk Kebaikan


Apa yang menyebabkan saya tergerak hati nak sampaikan ilmu psikologi melalui media sosial? Sebabnya sumber ilmu pengetahuan tentang psikologi dalam bahasa Melayu sangat kurang.


Saya nak kalian tahu tentang kewujudan pseudo-psychology iaitu ilmu psikologi yang salah dan tidak ada sandaran yang kukuh. Ilmu ini mestilah bersandarkan kepada hasil penyelidikan dan dibuktikan secara saintifik.

Perkara ini dah lama sebenarnya cuma ia semakin menular sekarang. Geleng kepala saya tengok. Berhati-hati ye semua.

Ada sahaja pihak yang sanggup sampaikan ilmu yang belum dibuktikan kesahihannya semata-mata untuk membina pengikut, populariti, kuasa, dan kekayaan. 


Image by Tumisu from Pixabay 


Iya sebab manusia mudah rasa wowww dan teruja dengan ilmu yang baru dan menarik, yang dirasakan dapat membantu menyelesaikan masalah mereka. Akhirnya terpengaruh dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan.

Membina pengikut, populariti, kuasa, dan kekayaan tak salah, sebab banyak manfaatnya. Tapi mestilah mengikut landasan yang betul, kerana matlamat tidak pernah menghalalkan cara.


Selain itu saya nak mendidik pembaca supaya mengenali diri, mengenali minda dan emosi sendiri. Bimbang melihat keadaan sekarang, masyarakat semakin sakit.

Dengan masalah kesihatan mental, dengan isu sosial. Keadaan hari ini pun sudah teruk, bayangkan 5 tahun atau 10 tahun akan datang bagaimana?


Lagi satu, saya nak semua orang faham tentang psikologi yang sebenar benarnya, secara asas pun dah cukup supaya boleh bantu diri sendiri.

Saya tak pasti sama ada semua orang sedar atau tidak. Mengikut statistik, masalah kesihatan mental di Malaysia semakin meningkat sekarang ini. Salah satu puncanya ialah kegagalan dalam menangani konflik peribadi.


Doakan saya terus diberi ilham dalam berkongsi ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan. Insya Allah.



Post a Comment

0 Comments