Cara Menangani Toxic Positivity #1


Dalam posting sebelum ni saya ada cerita tentang toxic positivity. Jadi bagaimana kita nak berhadapan dengan toxic positivity?


Pertama, JANGAN ABAIKAN apa sahaja emosi atau perasaan yang ada dalam diri kita.

Akui atau terima apa sahaja yang kita rasa pada waktu itu, sama ada baik atau tidak. Sebabnya apabila kita mengabaikan atau menafikan perasaan tersebut, boleh membuatkan kita rasa tidak selesa, dan mungkin akan menyebabkan tekanan yang berpanjangan.

Ya jika kita sedang marah, akui sahaja perasaan tersebut. Jika kita sedang kecewa, memang itulah perasaan kita pada waktu tersebut. Jika kita sedang bersedih, memang betul kita sedang bersedih.

Apa sahaja yang kita rasa adalah valid. Kita bebas untuk meluah emosi asalkan tidak membawa mudarat. Ekspresi emosi dapat mengurangkan ketegangan emosi seperti sedih, marah, dan kecewa. Ada sesetengah orang dia pilih untuk menulis melalui medium tertentu, contohnya menulis di media sosial, diari, lagu atau puisi. Ada sesetengah orang dia pilih untuk bercakap dengan orang yang dipercayai boleh mendengar dengan baik tanpa menghakimi.

Setiap orang ada caranya yang tersendiri, terpulang pada keselesaan masing-masing, asalkan tidak melebihi batas. Jika disimpan lama-lama boleh bengkek hati tu, dan tak baik untuk kesihatan mental.

Image by Myriams-Fotos from Pixabay 


Post a Comment

0 Comments