Cara Menangani Toxic Positivity #2


Sambungan dari Bagaimana Menangani Toxic Positivity - 1 


Kedua, dengar dan terima tanpa menghukum jika ada seseorang meluahkan perasaan atau emosinya, walaupun ianya berbeza dari apa yang kita rasa.

Setiap orang mempunyai hak ke atas perasaan mereka sendiri. Jangan memandang rendah atau memalukan orang lain disebabkan emosi yang mereka alami pada waktu tersebut, sama ada tengah down, kecewa atau sedih.

Contohnya kawan kita tengah down sebab bisnes, atau kecewa dalam perhubungan, atau sedih sebab hilang sesuatu yang dia sayang.

Jangan la pulak tiba-tiba kita cakap, “hek elehhh rileks la, aku dulu pun pernah alami lagi teruk dari apa yang kau alami sekarang tapi okay je. Sekejap sekejap! Cerita sekarang ni adalah tentang dia, bukan pasal awak. Tak sama!

Setiap orang mempunyai cara dan keupayaan yang berbeza dengan kita dalam berhadapan dengan sesuatu masalah. Tahap ketahanan mental, fizikal dan emosi kita semua tak sama. Jadi berhenti menghukum. Jika kita rasa masalah itu kecil bagi kita, tak semestinya kecil juga pada orang lain. Jika kita mampu hadap masalah tersebut dengan mudah, tak semestinya mudah juga bagi orang lain.

Bukan apa la kan, ada sesetengah orang bila ada yang mengadu masalah atau meluah perasaan, dia pun mula la cakap macam ni. “Aku dulu pun pernah rasa apa yang kau rasa, tapi aku okay je, aku rileks je, aku tak sedih pun.” Atau “Alahhh semua orang pun ada masalah bukan kau sorang je.”

Jika mampu kita boleh memberikan cadangan atau nasihat yang membina. Jika tak tahu nak cakap apa, kita boleh berikan sokongan emosi, contohnya dengan hanya menjadi pendengar yang baik. Jika sebaliknya adalah lebih baik kita diam dari memberikan nasihat yang tidak perlu yang boleh membuat orang sakit hati atau bertambah sedih.

Image by Pixaline from Pixabay 


Post a Comment

0 Comments