Cara Menangani Toxic Positivity #4


Kenal pasti mesej yang mengandungi unsur positif toksik.

Biasanya mesej yang mengandungi unsur toxic positivity ni simple je. Contohnya ‘positive vibe only’, ‘kita kena happy je kena positif je, apa pun yang berlaku tak boleh komplen’, ‘komplen ni satu perbuatan yang tak baik’.

Oh satu lagi, tak baik bongkar kesalahan orang walaupun itu perbuatan jenayah. Biarlah itu urusan dia dengan Allah. Bukan biasa-biasa punya positive level tu. Kau mampu? Saya tak mampu. Haha!

Ayat-ayat macam inilah yang menyebabkan seseorang itu terperangkap dalam circle atau persekitaran negatif. Orang buli, orang pijak, orang buat sampai trauma pun biarkan je sebab kena positif, tak boleh komplen, tak boleh cakap apa-apa. Sudahnya diri sendiri yang sedih dan tertekan.

Jadi ingat balik apa yang saya pernah tulis sebelum ini, apa yang menjadikan positif itu toksik ialah sebab ia mengabaikan atau menolak emosi sebenar yang dialami. Kalau sedih tak boleh cakap sedih, kena paksa jadi happy. Kalau tak suka kena paksa diri untuk suka. Nampak macam bagus kan, namun inilah racun yang akan membunuh mental kita secara perlahan-lahan.

Contohnya dalam group bisnes, kita tengah ada masalah yang menyebabkan kita susah hati, agak sedikit tertekan dan kadangkala kita tak boleh nak fokus sangat pada bisnes. Dan tiba-tiba kita terus dicop sebagai orang yang negatif, suka bagi alasan, dan susah nak berjaya.

Okay satu lagi contoh. Apabila ada orang yang famous seperti agamawan, influencer, artis, dan VIP buat kesalahan yang tidak sepatutnya. Ada pengikut yang akan backing dengan alasan dia menutup aurat, dia kaya, dia berjaya, dia banyak bersedekah, dia banyak bantu orang susah, dan lain-lain. Walaupun kesalahan tersebut sudah berulang kali dilakukan dan telah membawa kerosakan kepada pelbagai pihak, tetap masih ada yang buta akal, mampu melihat tapi tidak mampu menilai.

Jadi kalau awak tak nak sakit jiwa sebab terpaksa memendam perasaan, sila jauhkan diri dari circle positif yang toksik dan juga circle yang fanatik okay.


Image by Gino Crescoli from Pixabay


Post a Comment

0 Comments