Cara Menangani Toxic Positivity #5


Berhati-hati dengan sosial media.

Kebanyakan pengguna di media sosial hanya tunjuk kehidupan yang indah-indah yang best-best sahaja. Jarang la yang nak bercerita tentang kekurangan, kelemahan, kesilapan yang pernah dibuat dalam hidup.

Tayang kemesraan dan detik romantik suami isteri ibarat dia lah pasangan paling bahagia tak pernah bergaduh tak pernah ada masalah. Tayang kekayaan melampau lampau ibarat kekayaan itu boleh dapat dengan mudah, semudah petik jari. Hakikatnya bukan mudah nak menjadi kaya, kecuali jika seseorang itu mewarisi kekayaan dari keluarganya.

Akibatnya ia melahirkan tanggapan bahawa setiap orang lebih hebat, lebih bernasib baik, lebih beruntung berbanding kita. Dan ini akan memupuk rasa sunyi, malu, hilang keyakinan diri dan kurang kepercayaan pada diri.

Terpulanglah hak masing-masing untuk tayang apa sahaja. Macam saya pernah tulis sebelum ini, kita tak boleh kawal orang lain tapi kita boleh kawal diri sendiri. 

Jadi berhati hatilah dengan siapa yang kita follow di media sosial, terutamanya influencer yang banyak mempromosikan positif toksik dengan hanya menayangkan sisi yang indah dan sempurna. Dia lah manusia paling penyabar, soleh solehah, paling beragama, paling lembut dengan pasangan, padahal tak semua macam tu.

Ada golongan tersebut hanya bersikap sedemikian di hadapan lensa kamera sahaja. Cerita sebaliknya hanya orang yang terdekat sahaja tahu.

Dalam video atau gambar memang perfect dari hujung rambut sampai hujung kaki. Kalau boleh sebesar kuman pun tak boleh nampak kekurangan. Dan ini akan menyebabkan ada sesetengah orang akan terpengaruh dan meletakkan expectation yang sama dalam hidup, dan mengidolakan golongan tersebut sehingga langsung tidak boleh ‘disentuh’, nanti gegak gempita jadinya.

Okay gaisss kita tak boleh kawal apa yang orang nak tayang, apa yang orang nak tunjuk. Itu laman media sosial dia. Macam saya, saya okay je tak kisah pun orang nak menayang. Kalau suka saya tengok terutamanya kalau orang tayang rumah dan dapur hehe.

Tapiiii haaaa ada tapinya. Kalau kita ni sejenis yang mudah tergugat, mudah terpengaruh, mudah terpesona, mudah membandingkan dengan apa yang kita tak ada, mudah buta dengan kebaikan, nasihat saya berhati hati okay.

Dunia media sosial sebenarnya banyak lakonan yang tersembunyi. Pandai pandailah kita tapis ya agar tidak menjadi racun kepada diri sendiri. Lagi satu untuk mengelakkan rasa taasub kepada manusia hingga kita gagal untuk berfikiran secara terbuka dan kritikal.




Post a Comment

0 Comments