Orang Psikologi Tak Boleh dan Tak Pernah Stress


Pernah dulu dianggap sebagai orang yang tak pernah stress, tak boleh stress, dan tak boleh marah. Hanya kerana ada background dan bekerja dalam bidang psikologi.

Aku nak stress pun jadi serba salah tau. Tak boleh marah? Kalau letak singa sebelah aku, orang boleh confuse mana satu aku, mana satu singa hahaha.

Ketahuilah sesiapa pun tidak akan terlepas dari stress. Aku pernah burnout, malah pernah juga hadap keadaan mental yang huru hara, dan pernah konflik dengan diri sendiri.

Orang tak tahu pun waktu bila aku hadap semua tu. Nak kata kuat tu tidak la, cuma aku boleh kawal diri supaya keadaan tidak menjadi semakin teruk. Aku diam dan jauhkan diri dari manusia atau perkara yang boleh buat aku triggered. 



Sebenarnya aku ni selalu menjadi kaunter aduan untuk orang meluah masalah dan bertanya pendapat. Tetapi aku sendiri tak pandai nak meluah apabila ada masalah. Mungkin aku ditakdirkan hanya untuk menjadi pendengar yang baik dan setia.

Apa pun ujian yang datang, nak tak nak kita kena hadap. Ujian inilah yang mendidik aku tentang banyak perkara dalam kehidupan. Mengajar aku tentang berdamai dengan keadaan. Membuka mata aku untuk menjadi lebih empati.


Nota kaki: Kaunter aduan sentiasa dibuka. Boleh mengadu apa sahaja masalah kecuali masalah kewangan, jalan berlubang, dan yang sewaktu dengannya.