Resipi Ayam Percik Paling Mudah


Ini first resipi untuk tahun 2020. Sebenarnya masak je tapi terus ngap haha, tak sempat nak ambil gambar step by step. Awal tahun biasa la sibuk sikit menyusun gerak kerja. Ini resipi ayam percik yang agak simple tapi sedap. Ada beberapa lagi versi lain, nanti saya update ye.


Okay jom tengok resipi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

• 2 keping chicken whole leg
• 1 kotak santan yang saiz kecil
• 1 sudu teh pes asam jawa (bancuh dengan air)
• 1 sudu teh halba
• Air secukupnya
• Gula dan garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)

• 15 tangkai cili kering (saya guna 5 sudu besar cili kering yang sudah dikisar)
• 5 biji bawang merah
• 4 ulas bawang putih
• 2 batang serai
• 1 inci halia

CARA MEMASAK

1. Bersihkan ayam, kelar dan toskan. Gaulkan ayam dengan sedikit garam.

2. Masukkan ayam ke dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan, asam jawa, halba, gula, dan garam.

3. Masak sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ayam sederhana masak. Pastikan kuah tadi sebati dengan ayam.

4. Letakkan ayam di atas pemanggang dan bakar hingga masak sepenuhnya dan sedikit garing. Sambil tu sapukan kuah ke atas ayam berulang kali sambil terbalikkan supaya ia melekat cantik.

5. Siap dan sedia untuk dihidang.


Selamat mencuba!


Ayam yang dicuci bersih dan dikelar supaya cepat masak dan kuah percik meresap sampai ke dalam.


Bahan-bahan untuk dikisar. Kalau korang suka cili kering yang dikisar sendiri boleh campur sekali. Saya guna cili kisar yang dah siap jual di pasar.


Ini bahan-bahan yang dikisar tadi bersama santan dan lain-lain bahan.


Masukkan ayam dan masak hingga separuh masak.


Sambung masak ayam menggunakan non stick pan hingga masak sepenuhnya. Nak guna oven pun boleh.


Tadaaaa dah siap!


Post a Comment

0 Comments