Mitos atau Fakta: Minum Saffron Ketika Hamil Boleh Putihkan Kulit Bayi?


“Minum air saffron masa mengandung, nanti baby jadi putih?” 🤔

Baru tadi baca satu posting bagi tips kalau nak kulit anak yang bakal lahir putih, mak kena minum air saffron.

Dah masuk tahun 2026 masih ada yang percaya makan minum itu ini boleh buatkan kulit anak jadi putih. Dulu masa kelas sains, awak buat apa ya waktu cikgu tengah mengajar kat depan?

Tahulah nak berniaga, tapi janganlah bagi misleading information.

Warna kulit bayi bukan ditentukan oleh apa yang ibu makan atau minum semasa mengandung, termasuklah saffron.

Warna kulit bayi dipengaruhi oleh genetik ibu dan ayah, atau dari keluarga kedua-dua belah.

Kalau mak ayah berkulit sawo matang, tapi anak berkulit putih, boleh jadi anak itu ikut warna kulit tok nenek moyang dia.


Salah ke kalau nak minum air saffron?

Tak salah. Yang salah sebab overclaim. Tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan ia boleh memutihkan kulit bayi dalam kandungan.

Setiap anak dilahirkan unik dan sempurna, bukan diukur dari warna kulit.

Love yourself – fokus pada pemakanan seimbang, minum air mencukupi, check-up berkala, dan jaga kesihatan diri dan bayi dalam kandungan.

Nota kaki: Kalau ada yang bagi tips nak putih kena minum air kapur barus boleh jadi ada yang mengikut. Bukan boleh kira bila orang obses nak putih ni, sanggup buat apa sahaja.