“Awak ada ilmu psikologi kan? Cuba awak baca apa yang ada dalam fikiran saya sekarang.”
Aku senyum aje lah hehe. Lepas tu baru terangkan konsep psikologi yang sebenar. Mana boleh baca apa yang ada dalam fikiran manusia dengan hanya 10 saat pertama pertemuan. Psikologi bukannya ilmu menilik manusia. Kami bukan tukang tilik.
Cuma melalui psikologi ini, kita boleh mengenal diri sendiri dan orang lain dengan lebih baik. Sebab kita belajar dan mengkaji secara saintifik tentang tingkah laku, emosi, dan proses mental manusia.
Tentang ‘membaca’ fikiran dan perasaan manusia, memang boleh tetapi bukan semua mereka yang belajar bidang psikologi mampu lakukannya. Ini memerlukan kemahiran yang tinggi dalam membaca gaya bahasa badan dan juga kemahiran persepsi (pengamatan). Dan bukannya sepantas 10 saat dah boleh tahu.
Itu pun ketepatannya tidaklah seratus peratus. Panjang prosesnya.
Membaca fikiran itu bukan seperti membaca buku, apa yang dilihat semua tepat dan jelas. Dan perkataan yang tepat bukan membaca pun, yang betulnya ialah memerhati dan mengkaji. Harap tidak ada lagi yang salah faham berkenaan hal ini.
Mengkaji tu bukan mengkaji guna carian di Google ye, kajian yang dibuat adalah menggunakan kaedah saintifik.
Tapi kalau setakat nak tahu mood seseorang boleh sahaja guna common sense. Tak perlu belajar psikologi pun. Contohnya orang tengah sedih, marah, gembira, dan sebagainya. Jadi tak ada la orang tengah marah tiba-tiba kita buat lawak bodoh, memang sengaja nak kena hempuk la kan.
Aku perhati je para penglipur lara di media sosial yang simply judge orang. Gigih panjang lebar membuat ulasan dengan mengatakan individu ini memiliki personaliti dan masalah mental tertentu. Sedangkan kenal pun tidak, malah tidak pernah berjumpa. Hanya membuat penilaian berdasarkan apa yang dilihat di media sosial.
Hurmmm bijak betul buat assessment and diagnosis, kalah psychiatrist dan clinical psychologist!