Jenis-jenis Tepung Yang Ada Di Pasaran dan Kegunaannya


Kalau kita pergi ke pasaraya, dekat bahagian tepung tu macam-macam jenis tepung ada kan. Itu baru pasaraya. Kalau pergi ke kedai bahan-bahan bakery, lagi banyak okay, ada lebih sepuluh jenis tepung. 

Haha mahu confuse jadinya. Ehhh tepung ini untuk apa, ehhh tepung itu untuk apa. Setiap tepung yang dijual di pasaran ada kegunaannya yang tersendiri. Marilah kita berkenalan dengan jenis-jenis tepung yang biasa digunakan dalam industri pembuatan makanan dan juga kegunaan di rumah.


1. Tepung Serbaguna/Tepung Gandum


Tepung serbaguna atau tepung gandum, kedua-dua sama sahaja kegunaannya. Ia diperbuat dari bijirin gandum yang dikisar halus. Tepung jenis ini sesuai untuk pelbagai jenis masakan seperti kuih, kek, biskut, pastri, dan sebagainya.

Terdapat pelbagai jenama tepung gandum dan tepung serbaguna di pasaran. Contohnya tepung cap bunga ros, tepung cap sauh, tepung bakers’ choice dan lain-lain.

Saya biasa guna tepung Bakers’ Choice untuk buat cookies.

Boleh dapatkan di Shopee ye - https://shope.ee/7zadnUborB


2. Tepung Tinggi Protein


Tepung berprotein tinggi sesuai untuk membuat roti dan donut. Tepung ini juga tinggi kandungan gluten yang memberikan efek kenyal pada adunan dan senang mengembang dengan sempurna setelah diadun bersama yis. Ada sesetengah kedai tulis tepung gandum berprotein tinggi, ada yang tulis tepung roti. Kedua-duanya sama sahaja.

Terdapat beberapa jenama tepung berprotein tinggi di pasaran. Saya biasa guna yang repack macam dalam gambar ni.

Boleh dapatkan di kedai Shopee Healthy Baker - https://shp.ee/5d38y34 


3. Tepung Rendah Protein


Tepung berprotein rendah adalah sejenis tepung yang mempunyai kandungan protein yang rendah. Ia juga lebih halus, lebih ringan, dan kurang kandungan gluten. Sesuai untuk membuat kek, pau, pie-crusts, pancake dan lain-lain. Kalau tak jumpa tepung yang tulis tepung rendah protein, boleh cari tepung yang tulis tepung kek atau tepung superfine, sama sahaja.

Boleh dapatkan di sini ya, kedai Shopee Healthy Baker - https://shp.ee/29bkwkk 


4. Tepung Naik Sendiri/Self Raising Flour


Tepung naik sendiri adalah tepung yang sudah dicampur dengan baking powder (serbuk penaik). Jika menggunakan tepung ini tidak perlu lagi tambah agen penaik. Sesuai untuk buat kek, pancake, scone, dan muffin.

Jenama tepung naik sendiri yang popular di pasaran Malaysia adalah jenama Blue Key. 

Boleh dapatkan di sini ya - https://shp.ee/xtcbv34 


5. Tepung Biskut / Tepung Red Roses


Tepung rose juga dikenali dengan nama tepung cookies atau biskut. Tepung ini sudah dicampur dengan tepung jagung dan bahan untuk merangupkan biskut.

Hasilnya biskut yang dibuat dengan menggunakan tepung ini lebih rangup berbanding tepung gandum biasa. Sesuai digunakan untuk membuat pelbagai jenis biskut. Tepung red roses dengan tepung gandum serbaguna cap ros tak sama tau.

Biasanya dijual dalam bentuk repack.

Boleh dapatkan di sini ya - https://shp.ee/qxbywjk 


6. Tepung Hong Kong


Tepung Hong Kong juga dikenali dengan nama Water Lily Flour. Tepung ini berwarna sangat putih dan lebih halus. Sesuai digunakan untuk membuat pau, dim sum, dan kek lapis kerana ia menghasilkan tekstur yang lembut serta ringan.

Boleh dapatkan di sini ya - https://shp.ee/vcjgvm4 


7. Tepung Beras Pulut


Tepung beras pulut atau dikenali dengan nama glutinous rice flour, dibuat dari beras pulut. Biasanya ia banyak diimport dari negara Thailand.

Tepung pulut kaya dengan vitamin B dan E serta mudah dihadam. Sesuai digunakan untuk membuat kuih-kuih tertentu, dumpling, dan juga sebagai agen pemekat untuk kuah dan sos.

Boleh dapatkan di sini - https://shp.ee/s48p3nu 


8. Tepung Beras

Tepung ini dibuat dari beras putih yang dikisar halus. Ada juga tepung beras yang sudah dicampur dengan tepung jagung. Boleh semak kandungan pada bungkusan. Ia banyak digunakan untuk membuat kuih-kuih tradisional, bancuhan pisang goreng, adunan untuk goreng ikan, sebagai bahan asas dalam pembuatan bihun serta laksa, dan lain-lain.

Boleh dapatkan di Shopee Pasaraya Mydin - https://shp.ee/p45vnpu 


9. Tepung Kastad


Tepung kastad berfungsi untuk mencantikkan tekstur kek. Bahan utama dalam tepung kastad adalah tepung jagung. Berfungsi sebagai ejen pemekat bagi bahan cecair, juga digunakan untuk membuat puding kastad, inti krim puff, tart kastad, dan tart buah.

Ia dapat memberikan warna kekuningan tanpa perlu mencampur pewarna tambahan. Ada juga yang menggunakan tepung kastad dalam pembuatan biskut.

Antara jenama tepung kastad (custard powder) yang terkenal adalah jenama BIRD’S. 

Boleh dapatkan di sini ya - https://shp.ee/2v7ijqc 


10. Tepung Jagung

Tepung jagung berfungsi sebagai agen pemekat untuk masakan yang jenis berkuah. Boleh digunakan untuk membuat roti, pancake, waffle dan pastry. Selain itu, ia juga berfungsi sebagai bahan untuk merangupkan biskut. 

Boleh dapatkan di Shopee Mydin - https://shp.ee/uynewuc 


Okay selesai. Ada lagi sebenarnya jenis-jenis tepung. 10 jenis tepung yang saya kongsi ini adalah yang kita biasa guna di rumah. Nanti saya update lagi jenis tepung yang lain. Semoga bermanfaat.