Dalam posting 2019 Reading Challenge semalam saya ada bagitahu nak update tentang manfaat membaca, termasuk kesannya ke atas psikologi manusia. Inilah antara sebab kenapa kita mesti membaca secara konsisten.
1. Merangsang otak. Boleh melambatkan risiko atau mengelakkan dari berlakunya Alzheimer dan Dementia.
2. Mengurangkan stress, iaitu dengan mengalih segala masalah yang berkecamuk dalam kepala dengan membaca. Sebab fokus kita bukan lagi kepada masalah, tapi kepada topik yang sedang kita baca.
3. Meningkatkan ilmu pengetahuan. Okay ini semua orang tahu, makin banyak membaca, makin tinggi ilmu pengetahuan yang akan kita dapat.
4. Mengembangkan perbendaharaan kata. Makin banyak membaca, makin banyak perkataan yang kita jumpa atau kenal. Jadi ia membantu kita untuk memilih perkataan yang tepat dalam menulis dan bercakap.
5. Memperbaiki ingatan. Apabila membaca tentu kita cuba mengingat mana-mana ayat, karakter atau peristiwa yang menarik. Ini dapat membantu kita dalam memiliki daya ingatan yang kuat.
6. Meningkatkan kemahiran berfikir secara analitik. Mereka yang mempunyai kemahiran ini dapat menyelesaikan masalah secara cepat dan efektif.
7. Memperbaiki daya tumpuan. Sebabnya apabila membaca kita belajar untuk fokus kepada topik atau jalan cerita tersebut. Secara tidak langsung ia dapat melatih daya tumpuan.
8. Menulis dengan lebih baik. Ini berkaitan dengan point nombor 4. Penulisan orang yang suka membaca sedap dibaca, tersusun, dan senang difahami. Sebab mereka tahu untuk memilih perkataan yang tepat untuk sesuatu ayat.
9. Mendapatkan ketenangan. Contohnya dengan membaca buku-buku agama dan motivasi. Ada nilai di situ yang kita boleh ambil dan praktikkan untuk ketenangan hidup.
Okay gaisss itu sahaja. Kalau ada lagi boleh tambah sendiri.