1. Memberi Pendidikan (Psychoeducation)
- Berkongsi info tentang emosi, stress, burnout, self-care, trauma, coping skills, dan lain-lain.
- Menggunakan bahasa yang mudah dan tidak terlalu klinikal atau saintifik supaya orang awam faham.
- Contoh: infografik ringkas tentang ‘Apa itu burnout?’ atau ‘Tanda-tanda anda perlukan rehat’.
2. Mempromosikan Kesedaran dan Pemahaman Tentang Isu Kesihatan Mental
- Menolong orang faham bahawa perasaan susah, tertekan, atau overwhelmed adalah hal yang manusia alami.
- Menormalisasikan seeking help seperti terapi, journaling, dan support group.
3. Menggalakkan Self-Care Berasaskan Realiti
- Bukan self-care yang glamour sahaja, tetapi juga yang realistik seperti tidur cukup, makan teratur, dan boundaries.
- Contoh: berkongsi rutin kecil yang kita sendiri buat (masak, berjalan 10,000 langkah, mandi awal pagi, dan lain-lain).
4. Menyebarkan Harapan dan Sokongan Moral
- Memberikan mesej yang lembut, realistik, dan tidak menghakimi.
- Tidak memberi nasihat profesional seperti diagnosis, tetapi menawarkan perspektif yang menyokong.
5. Menangkis Kesalahfahaman
- Membetulkan fakta yang salah tentang kesihatan mental.
- Contoh: menjelaskan perbezaan antara sedih biasa dan depression.
6. Mengurangkan Stigma Tentang Kesihatan Mental
- Mengubah naratif ‘orang gila’ kepada ‘pesakit mental’ atau ‘orang yang sedang struggle’.
- Menggunakan bahasa yang lebih menghormati dan empati.
7. Menjadi Role Model Yang Boleh Diikuti
- Kongsi perjalanan sendiri secara jujur tetapi tidak terlalu membuka privasi.
- Menunjukkan bahawa healing tidak linear dan self-care adalah proses.
8. Menyokong Audience Dalam Mencari Bantuan Professional
- Encourage followers untuk mendapatkan bantuan daripada professional jika perlu.
- Boleh kongsi hotline, jenis-jenis professional (psikologis, kaunselor, doktor pakar psikiatri), atau cara cari bantuan.
9. Mewujudkan Ruang Komuniti yang Selamat dan Saling Menyokong
- Membentuk lingkungan atau suasana di media sosial yang positif dan sihat.
- Ruang komen yang selamat, tanpa judgment, dan tanpa toxic positivity.
- Menggalakkan audience untuk berkongsi pengalaman tanpa tekanan.
10. Menghasilkan Content yang Memberi Nilai
- Infografik
- Short videos (education + relatable)
- Caption berbentuk refleksi
- Story bercerita tentang realiti kehidupan
- Tools seperti habit trackers, prompts journaling, dan sebagainya


