Burger Bakar Abang Burn Taman Dagang, Ampang


Assalamualaikum...


Dok godek-godek gambar kat facebook, tiba-tiba terjumpa gambar lama tahun 2012 (4/11/2012) punya....dan tiba-tiba juga teringin nak makan ni.




Masa ni bujang trang tangtang lagi. Dulu masa dok Pandan Indah asal teringin nak makan burger bakar mesti cari Abang Burn. Bukan cari tokey burger tu tau, cari Burger Bakar Abang Burn. Time tu selalu la lepak kat Dagang Avenue Food Court, Taman Dagang, Ampang, sebab dekat dengan rumah kan.


Aku pun lupa dah apa nama burger ni, sebab dah lama kan setahun lebih. Lama giler peram baru nak buat review hehehe. Itu la dok tangguh tangguh kan. Nasib baik dok menggodek facebook baru la teringat.

Apa yang aku nak puji ialah aku sangat puas hati dengan cara penyediaan makanan, sangat bersih, itu keutamaan aku. Nak makan pun bertambah selera kan. Lagi double bertambah selera bila makanan pun sedap.


Sekarang ni sejak pindah Cheras lokasi Burger Bakar Abang Burn yang paling dekat adalah di Bandar Sri Permaisuri. Tengok sekarang ni macam-macam menu ada di Burger Bakar Abang Burn. Tak sempat lagi aku nak merasa menu-menu baru tu. Ada masa nanti kena singgah kejap.


Okey uolssss kalau nak tahu detail tentang Burger Bakar Abang Burn, boleh klik link ini ya https://www.facebook.com/abangburn/


Jom kita serbu ramai-ramai, makan sampai kenyang!


Post a Comment

2 Comments

  1. Huhu, terus lapar tengok gambar burger dan sosej tu...

    ReplyDelete
  2. @MamaFaMi...
    hehe jom kak gi pekena sekali

    ReplyDelete