Apa itu Toxic Positivity?


Tidak perlu memaksa diri untuk jadi terlampau positif tak kena tempat, sehingga ianya menjadi racun atau toksik kepada diri.

Tidak mengapa jika sesekali emosi negatif menjengah diri, sebab kita semua manusia biasa yang ada kekurangan di sana sini. Asalkan tahu batasan cukuplah.


Pernah dengar tentang toxic positivity? Apa maksud toxic positivity?

Positif toksik adalah kepercayaan bahawa tidak kira betapa teruk atau sukarnya sesuatu keadaan, walau susah, sakit, seksa, takut, bahaya, sedih macam mana sekalipun, kita mesti mengekalkan pemikiran positif.

Makna kata, keadaan kau dah tonggeng terbalik, dah kena pijak, kena tipu, kena buli, disakiti sekali pun, mindset kena positif, kena fikir yang baik-baik sahaja, tak boleh fikir yang tak baik. Positive vibe only katanyaaa. Gituuu!

Ya orang positif juga ada yang jenis toksik dan biasanya mereka hidup dalam in denial (penafian/penolakan). Dengan kata lain mereka ini berfikiran positif membuta tuli. Prinsip mereka adalah mesti selalu gembira dan ceria walau dalam apa jua keadaan. Tidak boleh ada emosi lain seperti marah, sedih, kecewa, dan seumpamanya. 

Berfikiran positif itu memang bagus untuk kesejahteraan mental kita, ini semua orang tahu. Masalahnya ialah kehidupan kita tidak sentiasa indah dan positif. Sepanjang hidup kita akan melalui pelbagai pengalaman, ada yang manis, ada yang pahit dan menyakitkan. Dalam kita seronok dengan kemanisan hidup, kita juga kena hadap dan terima pengalaman yang sebaliknya secara jujur serta terbuka, bukannya menolak atau menafikan kepahitan.


Living in denial (hidup dalam penafian) tu macam mana? Contohnya macam ni, kita terlampau teruja atau meminati seseorang kononnya motivator, ramai follower, sedangkan ilmu yang disampaikan adalah melanggar hukum agama. Kita tahu bahawa perbuatan itu salah, tapi sebab kita berpegang pada prinsip mesti positif, mesti bersangka baik, jadi kita berusaha untuk cover kesalahan dia dengan pelbagai alasan. Siapa pun orang itu, dia bukan seorang yang maksum. Apa yang baik kita ambil, yang tak betul kita kena akui.

Okay contoh lain, seorang isteri yang terlalu menyayangi suami walau secara terang terangan suaminya curang dan kaki pukul. Isteri masih setia, cuba positif, takut nak bertindak dengan alasan tak nak jadi isteri derhaka. Saya nak tanya, berdosa ke melawan suami yang melanggar hukum agama?

Nak contoh lagi? Ada yang kena cabul dengan ahli keluarga terdekat, nak buat report kena marah. Katanya kena positif, apa yang berlaku ada hikmahnya. Jadi disuruh sabar dan reda sahaja, nanti dapat pahala. Kesian nanti kena tangkap malu, dia dah banyak tolong kita blablabla. Oh fikir perasaan pelaku je! Perasaan mangsa macam mana? Menanggung trauma sampai ke besar.


Kalau kita celik mata seluas-luasnya, buka minda, dan dengar pendapat orang berilmu, hal macam ni sebenarnya memburukkan lagi keadaan mereka yang mengalami kecelaruan mental terutamanya depression.

Positif juga ada sisi gelapnya. Jadi tak kira siapa kita, perempuan atau lelaki, sayangilah diri okay. Allah juga melarang kita menzalimi diri sendiri.

Self-care adalah keutamaan dan keperluan kita semua.


Image by Gino Crescoli from Pixabay