Resipi Ayam Sambal Hijau


Haiii missnick kembali lagi dengan resepi hot lagi meletop macam tuannya kihkihkih. Hot meletop la sangatttt. Tak berapa nak hot la sebab cuaca sejuk hari ni.

Biasanya kita duk makan ayam sambal merah aje kan. Haaa apa  kata kali ni kita masak ayam sambal hijau pulak. Serius sedap tau. Tengah taip ni pun saya boleh telan air liur. Okay jom tengok resipi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

500 gm ayam (dibasuh dan toskan)
3 batang serai (diketuk)
1 labu bawang besar (dihiris)
3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
Serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak


BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)

5 biji cili hijau
12 biji cili api hijau (kalau nak lagi pedas boleh tambah lagi)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia


CARA MEMASAK

1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga masak.

2. Tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga wangi dan pecah minyak.

3. Kalau nak ada kuah, tambahkan sedikit air.

4. Masukkan ayam, bawang besar, gula, dan garam. Kacau sehingga rata.

5. Padamkan api dan tuangkan jus limau kasturi. 


Okay siap. Selamat mencuba!


 Bahan-bahan untuk dikisar


 Kita gooooreng ayam sampai masak


 Tumis bahan-bahan kisar tadi dengan serai. Tumis sampai wangi dan pecah minyak.


Pungpang pungpang pungpang okay siappp!


Post a Comment

0 Comments