Resipi Udang Masam Manis


Haiiii semua. Lamanya saya tak masak udang masam manis. Tiba-tiba tekak ni teringin la pulak. Orang kata kalau teringin jangan ditahan tahan, nanti siang malam duk terbayang. Mandi udang, tidur udang. Haaa gitu.


Jadi marilah kita masak udang masam manis. Okay jom tengok resipi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

• 500 gm udang (dibersihkan)
• 1 labu bawang besar dihiris
• 1 biji tomato (dipotong 6)
• 6 sudu makan sos cili
• 6 sudu makan sos tomato
• 1 sudu teh gula
• 1 cawan air
• Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN B (DIHIRIS)

• 4 biji bawang merah
• 3 ulas bawang putih
• 2 biji cili besar merah/hijau


CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan B sehingga wangi.

2. Masukkan udang dan goreng sehingga masak.

3. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, gula, garam, air, tomato, dan bawang besar. Kemudian kacau seketika sehingga rata.

4. Kalau nak pekatkan kuah boleh biarkan sekejap di atas dapur. Tutup api dan sedia untuk dihidang.


Okay siap. Selamat mencuba!


Bahan-bahan B yang untuk ditumis


Cinggg masukkan dalam kuali. Tumis sehingga wangi.


Masukkan udang


Masukkan bahan-bahan A


Nahhh udang sepinggan sekali hadap je haha!


Post a Comment

0 Comments