Resipi Bingka Jagung Mudah


Hai semua. Hari ni saya nak share resepi bingka jagung. Sedappp dan mudah sangat. Campak, kacau, masuk loyang, masuk oven. Bakar sampai masak, settle! Sesuai dijadikan hidangan untuk minum pagi ke, minum petang ke.


Okay jom kita tengok resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN

1 cawan susu cair

1 ½ cawan air

2 biji telur

1 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung kastard 

1 tin jagung krim

3/4 cawan gula

2 sudu makan butter atau marjerin (dicairkan atau boleh letak pada suhu bilik sehingga menjadi lembut)


CARA MEMASAK

1. Panaskan oven pada suhu 180C.

2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.

3. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang bersaiz 8 inci (sapu sedikit minyak pada loyang).

4. Kemudian bakar selama satu jam atau sehingga masak. Ikut oven masing-masing ya sebab lain oven lain ragamnya.

5. Kalau nak bahagian atas sedikit garing macam yang saya buat, 10 minit terakhir buka suhu bahagian atas sahaja. Tutup suhu bahagian bawah.

6. Apabila sudah sejuk boleh potong dan sedia dihidangkan.


Okay siap. Selamat mencuba!


Bahan-bahan untuk buat bingka jagung


Butter. Nak guna marjerin pun boleh. Saya guna pure butter sebab ada banyak stok kat rumah, yang digunakan untuk hasilkan cookies MissNick Kitchen.


Inilah rupa bila sudah adun semua bahan


Nampak tak efek garing tu. Saya suka permukaan yang garing macam ni. Garing di luar lembut di dalam gitu.