Bisnes Tidak Semudah Petik Jari dan Goyang Kaki


Nak start bisnes atau berniaga ni kan, kita tak boleh ikut-ikut orang. Kita nampak orang jual macam best, banyak untung, kita pun menggedik nak jual juga. Lepas tu krik krikkk jadi cengkerik kat dalam group hahaha.


Belajarlah ilmu-ilmu asas dalam bisnes. Betulkan mindset kenapa kita buat bisnes. Kalau kita jelas dengan dua benda ni insya Allah perjalanan untuk ke step yang seterusnya akan jadi mudah sikit. Tapi tidaklah semudah petik jari dan goyang kaki.


Dan kalau dua perkara itu kita buat main-main, confirm mati kutu tak nampak jalan. Jadi, follow lah leader rapat-rapat ye, dia akan bagi torchlight sampai kepala kita bersinar liplap liplap. Gituuu!


Atau kalau jenis yang lone ranger macam saya, takde leader. Jadi cari guru untuk guide atau ajar ilmu tertentu yang boleh membantu untuk menaikkan atau memperbaiki ‘kesihatan’ bisnes.


Pastikan guru itu adalah guru yang betul, bukan semata-mata jual air liur untuk kaut keuntungan, tapi ajar gitu gitu je asal boleh. Pastikan juga guru itu mengajar ilmu yang betul, dan tidak mencampur aduk perkara yang benar dengan yang palsu.


Contohnya, dalam kelas marketing, ada guru yang bukan setakat mengajar ilmu marketing, dia ajar juga ilmu lain yang berkaitan New Age Movement, sebarkan hadis palsu, sebarkan ajaran palsu atas nama agama, dan seumpamanya. Kelulusan pun palsu. Eh!


Nak belajar personal branding, cari guru yang mahir dan terbukti berjaya dalam personal branding. Nak belajar close sale, cari guru yang mahir dalam ilmu tersebut. Nak belajar agama, cari guru yang ada latar belakang pendidikan agama.


Bab berguru ni memang kena berhati-hati. Ya ilmu itu penyuluh jalan, tapi ilmu juga boleh membawa kepada kegelapan.




Post a Comment

0 Comments