Resipi Singgang Sotong


Semalam untuk dinner saya masak singgang sotong, regu pulak dengan telur dadar. Huiii kau makan sampai tak bercakap. Sambal takde sebab kuah singgang ni dah pedas.


Lapar punya pasal, masak laju-laju macam masuk pertandingan memasak. Jadi tak sempat nak ambik gambar step by step macam biasa. Walaupun resipi ni simple je, campak-campak jerrr, saya tetap nak kongsi jugak.


Jadi marilah kita tengok macam mana nak masak singgang sotong ni. Senang giler okay tapi jangan kau masak sambil pejam mata pulak, kang sotong ke mana, kau pulak melecur kaki tangan.


BAHAN-BAHAN 

8 ekor sotong saiz sederhana
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1-2 batang serai (diketuk)
1 biji cili hijau (dihiris)
3 biji cili padi dihiris (kalau nak pedas, tak nak pedas tak payah letak)
1/2 batang timun (potong ikut suka hati)
1-2 keping asam gelugur (asam keping)
2 cawan air
Garam secukup rasa


CARA MEMASAK

1. Sotong dibersihkan. Kalau nak potong kecil, boleh potong. Tak nak pun takpe.

2. Masukkan semua bahan kecuali sotong dan timun ke dalam periuk bersama air.

3. Masakkan sehingga mendidih

4. Masukkan sotong serta timun dan biarkan sehingga sotong masak. Sekejap je jangan lama sangat nanti sotong jadi liat.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

Okay siap. Selamat mencuba!




Post a Comment

0 Comments