Sekarang ni kita masak simple-simple aje lah. Guna apa yang ada kat dapur je. Mana yang tak cukup tu sila pejam mata, malas nak keluar time macam gini. Nak beli satu dua barang je, tapi beratur bukan main lama, memang tak sanggup la. Semoga Covid cepat berlalu dan kita boleh kembali menjalani kehidupan seperti biasa, bebas ke sana ke mari.
Hari ni saya nak berkongsi resipi ikan berlada guna bahan apa yang ada. Okay jom tengok resipi di bawah.
BAHAN-BAHAN A
• 4 ekor ikan kembong (bersihkan)
• 1 labu bawang besar (dipotong gelang)
• 5 biji limau kasturi (diambil airnya)
• Garam dan gula secukup rasa
• Sedikit serbuk kunyit
• Minyak untuk menggoreng
BAHAN-BAHAN B (UNTUK DIKISAR)
• 6 biji cili merah (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
• 5 biji cili padi (boleh tambah kalau nak lagi pedas)
• 6 biji bawang merah
• 5 ulas bawang putih
CARA MEMASAK
1. Bersihkan ikan, lumurkan garam dan serbuk kunyit.
2. Gorengkan ikan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan sedikit minyak tadi, tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. Masukkan garam, bawang besar, dan air limau kasturi. Kacau rata.
5. Angkat dan tuangkan di atas ikan.
6. Sedia untuk dihidangkan.
Okay siap. Selamat mencuba!
Cili padi tu boleh juga guna yang merah. Saya guna yang hijau sebab itu je ada. Musim virus ni malas nak keluar.
Nahhh ikan yang sudah digoreng.
Bawang besar dan limau kasturi
Yeahhh tumiskan dia
Letak bawang besar, gula, garam, dan air limau kasturi. Kacau rata.
Mari kita makan. Okay dia punya kuah tu kalau nak cantik boleh campur sekali cili kering kisar masa menumis. Sebab konsep masak-masak ni guna je bahan yang ada di rumah, maka begini lah hasilnya.