Resipi Asam Pedas Daging


Dua hari lepas saya masak asam pedas daging. Tiba-tiba teringin tengok orang masak nampak macam sedap je. Dan memang sedap okay, first time saya buat sendiri.


Biasa makan di kedai je. Buat sendiri lagi sedap rupanya hehe, sebab boleh letak bahan ikut selera tekak sendiri. Okay jom tengok resipi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

500 gm daging lembu (dipotong kecil)
7 helai daun limau purut
1 pokok daun ketumbar / boleh juga guna daun kesum
2 biji tomato (dipotong 4)
4 cawan air
2 asam keping / boleh ganti dengan air asam jawa
6 sudu makan cili kisar
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)

6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ½ inci halia
3 batang serai
1 ½ inci lengkuas
3 biji buah keras
1 inci belacan sekiranya suka

CARA MEMASAK

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga garing dan pecah minyak.

2. Masukkan daging, kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.

3. Masukkan asam keping atau air asam jawa. Kemudian masukkan air.

4. Masak hingga daging empuk. Jika belum empuk boleh tambah air lagi. 

5. Masukkan daun limau purut, tomato, dan bahan perasa. Masak dengan api kecil sehingga kuah sedikit pekat.

6. Masukkan daun ketumbar dan tutup api. Jika guna daun kesum masukkan di langkah 5.

7. Angkat dan sedia untuk dihidang.

Okay siap. Selamat mencuba!


 Kalau tak suka daun ketumbar boleh guna daun kesum. Asam keping tu kalau tak ada boleh guna air asam jawa. Mana-mana pun boleh. Jangan letak asam boi dah la.


 Tumis bahan kisar sehingga wangi


Kenapa daging pucat tak merah? Lighting uols. Macam muka kita la kalau lighting cun terus putih melepak jadinya haha.


Gambar tumis cili kisar takde. Terus kita skip ke sini. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak.


Masak sampai daging empuk


 Harum mewangi


Lepas masukkan daun ketumbar terus tutup api. Harum semerbak satu rumah.

Tak nak guna daun ketumbar pun takpe. Boleh masukkan daun kesum sekali masa masuk daun limau purut dan tomato.


Siappp. Yummy!