Berjaya dan Bahagia


Kita nak kejayaan yang membahagiakan (berjaya dan bahagia). Apa yang perlu dibuat?

Hiduplah secara seimbang. Bukannya mengejar kejayaan material sehingga mengabaikan aspek lain dalam kehidupan. Tidak ada guna kejayaan jika dalam hati kita ada ruang kosong yang belum diisi.

Sibuk memburu satu impian sehingga melupakan yang lain boleh menyebabkan fikiran dan emosi bercelaru. Akhirnya kejayaan yang diburu tidak sempat dinikmati dalam tempoh yang panjang.


Dalam memburu impian jangan lupa tentang aspek kesihatan, spiritual, kerjaya, kewangan, keluarga, ibadah, sosial, akhlak, dan lain-lain.

Dalam mengejar kekayaan harta benda, kejarlah juga kekayaan jiwa iaitu ketenangan, keceriaan dan kebahagiaan. Miskin harta tak ada masalah, tapi kalau miskin jiwa macam-macam masalah akan timbul.


Pesanan untuk diri sendiri juga, yang pernah sibuk fokus pada kejayaan material. Alhamdulillah aku sedar, dan aku cakap pada diri sendiri, “aku tak boleh berterusan macam ni” sebab ia boleh ‘makan’ diri aku balik. Sebagai seorang lecturer psikologi pada waktu itu, aku perasan yang aku tak berapa okay.

Aku terus take action supaya keadaan tersebut tidak berterusan sehingga menjejaskan kehidupan.

Aku ni jenis orang yang realitistik, bukan jenis yang living in denial (hidup dalam penafian), masih nak paksa diri, nak sedapkan hati apa semua tu, tidak. Jadi ada satu ketika tu aku slowkan segala aktiviti untuk rehatkan mental dan fizikal. Aku tak nak bila dah sakit baru nak rehat, baru nak jaga itu ini. 


Banyak pelajaran yang aku dapat dalam proses nak betulkan diri balik. Aku banyak muhasabah diri dan aku ubah lifestyles. Sebab itu aku selalu tulis tentang work-life balance, self-care, self-love, dan kesihatan mental. Bukan suka-suka menulis, ada tujuannya.

Semoga bermanfaat untuk kalian yang membaca posting ini. Insya Allah.