Sekolah Ada Sistem. Kalau Tak Serasi, Kita Ada Pilihan.


Cikgu ‘sibuk’ tentang kehadiran anak kita ke sekolah tu ada sebabnya.

Kalau kita rasa annoyed, tak boleh ikut sistem dan peraturan, eloklah keluarkan anak dari sekolah.

Kecuali jika sistem dan peraturan itu memberikan kesan negatif pada anak-anak. Haaa yang ini memang patutlah kalau nak bising atau lawan.


Ada orang kata boleh masukkan ke sekolah swasta. Walaupun namanya swasta, tetaplah terikat dengan sistem dan peraturan.

Ada pilihan lain, iaitu homeschool. Kalau yang ini kita boleh cipta sistem, peraturan atau apa sahaja mengikut selera, kehendak dan keselesaan sendiri, tanpa perlu bergaduh dengan mana-mana pihak.

Homeschool pun bagus, banyak kelebihan. Boleh study sendiri okay. Panjang pula nak kalau nak tulis.


Katanya, “sikit-sikit sistem, sikit-sikit sistem”

Ya, mana-mana tempat atau institusi ada sistem masing-masing. Kalau tak suka kita boleh keluar dari sistem tersebut.

Salah ke? Tidak. Tak salah pun keluar dari sistem. Sebab kita bukan robot.

Aku juga begitu. Aku seorang yang ada prinsip dan pendirian sendiri, bukan jenis ikut-ikut orang. Ada sesetengah perkara yang aku berhaluan kiri, tidak mengikut majoriti.

Maka, aku memilih untuk keluar dari sistem tersebut.

Aku faham, apabila berada dalam sistem dan peraturan, seperti ada yang menyekat kita, dan kita terikat.

Tetapi, kita tidak boleh memaksa pihak-pihak tertentu untuk mengikut kehendak kita.

Dalam pada kita tak suka, ada orang lain yang suka pada sistem dan peraturan tersebut.

Sebab dunia bukan berputar untuk kita seorang.


Tentang bahaya jika peratusan kehadiran murid rendah, tak perlu aku tulis. Ramai sudah sedia maklum kenapa kehadiran penting.

Cuma ada ibu bapa yang ego tak nak terima. Lebih fokus pada mencipta isu dan drama, sebab tak puas hati dengan sekolah, guru, dan KPM.