Ilmu Adalah Rezeki


Ilmu adalah rezeki dari Allah. Belajarlah apa sahaja ilmu yang bermanfaat. Dengan adanya ilmu dapat mengubah cara kita melakukan kerja. Dengan adanya ilmu kerja menjadi lebih mudah. Dengan adanya ilmu dapat mengeluarkan kita dari kesesatan.


Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (Riwayat Muslim)


Dan pelbagai lagi ganjaran yang Allah janjikan untuk mereka yang bersusah payah menuntut ilmu dengan niat yang baik. Jangan pernah berhenti kerana Allah nampak setiap usaha kita untuk majukan diri.