Makan di Stesen Kota Bharu


Hai gaisss jom kita makan-makan di Stesen Kota Bharu. Bukan di Kota Bharu, Kelantan ya, tapi di Cheras, Selangor. Ini adalah salah satu restoran kegemaran saya, kerap juga la kami suami isteri makan kat sini. 


Pertama, sebab restoran ini menyediakan pelbagai menu istimewa dari Kelantan dan Thailand. Saya punya selera tekak ni memang banyak ke arah sana, maklum lah anak jati Kelantan kan. Namun begitu, sebagai pencinta makanan, saya telan je semua jenis makanan asalkan sedap, bersih, dan halal. Kedua, sebab dekat dengan rumah, berdesup sampai. Tak perlu ikut highway, tak ada kesesakan, tak ada tol.


Restoran Stesen Kota Bharu menyediakan pelbagai jenis menu nasi, laksam, laksa, mee, manisan, dan minuman. Antaranya ialah:


  • Nasi Kak Wok (Medium/Large)
  • Nasi Ikan Air Dingin
  • Nasi Kerabu (Ayam Percik/Ayam Goreng/Daging Goreng/Harimau Menangis)
  • Nasi Dagang Terengganu Ikan Tongkol
  • Nasi Kukus Ayam Percik
  • Nasi Harimau Menangis
  • Nasi Daging Goreng Thai
  • Nasi Tomyam Bangkok
  • Nasi Pad Kra Pao
  • Nasi Dagang Terengganu Gulai Ayam
  • Laksam Lemak
  • Laksa Kelantan
  • Laksa Merah Terengganu
  • Miang Sua Rong Hai
  • Pulut Mangga
  • ABC Mangga
  • Milo Tabur DinasourThai Green Tea
  • Teh Tarik Madu


Ada pelbagai lagi menu lain. Boleh tengok di sini ya...

https://stesenkb.orderla.my/stesenkb


Menu yang wajib saya makan setiap kali pergi ke sana semestinya nasi kak wok yang saiz large okay. Alang-alang nak makan tu biar kenyang sampai malam haha. Ayam banyak sedap meratah. Ya saya penggemar lauk ayam. Kuah gulai pun sedap dan pekat, cukup segala rasa.



Nasi kerabu ayam percik pun sedap. Nasi pad kra pao pun sedap. Air Thai green tea pun sedap. Teh tarik madu pun sedap. 


Banyak lagi menu yang saya belum cuba. Lain kali bila nak pergi saya kena plan nak makan apa, senang nak buat review. Kalau tak asyik lah duk mengulang menu yang sama.


Okay kalau korang suka menu yang ada di Restoran Stesen Kota Bharu, boleh singgah ya. Mana yang berdekatan dan tak nak keluar rumah musim Covid ni boleh order secara online, ada delivery.


Order online: https://stesenkb.orderla.my/stesenkb

Facebook: https://www.facebook.com/kakwokantarabangsa/ 

Alamat: A-9-GF, Dataran C180, Jalan C/1802, 43200 Cheras, Selangor.