Resipi Ayam Percik Putih


Semalam teringin nak makan ayam percik putih. Teringat pulak masa bulan puasa, inilah menu yang wajib ada. Laku keras oiiii kat bazar. Orang lain la jual, bukan saya. Saya tukang beli je haha.


Ayam percik ni senang je nak buat sebab bahan tak banyak dan tak payah tumis. Santan pun saya guna yang kotak je. Okay jom tengok resepi di bawah.


BAHAN-BAHAN A

2 keping chicken whole leg

2 ulas bawang putih

1 inci halia

1-2 keping asam gelugor

1 sudu teh gula

Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN B (DIKISAR)

1 kotak kecil santan (200ml)

200 ml air kosong

1 inci halia

3 biji bawang merah

3 batang serai

2 biji buah keras


CARA MEMASAK

1. Tumbuk halia dan bawang putih sehingga lumat, letak secubit garam, dan lumurkan pada ayam.

2. Kisarkan bahan-bahan B sehingga halus.

3. Masukkan semua bahan kisar dan ayam ke dalam kuali.

4. Masakkan sehingga ayam menjadi separuh masak.

5. Kemudian bakar ayam sehingga masak di atas pemanggang, nak guna oven pun boleh. Sambil itu percikkan sedikit kuah ke atas ayam.

6. Masakkan kuah sehingga pekat dan cukup rasa. Okay siap!


Haaa lagi satu. Kalau nak masukkan halba masa masak kuah pun boleh, lagi sedap jadinya. Saya tak letak sebab ingatkan habis, rupanya ada lagi haha lupa. Selamat mencuba!


Ayam yang dilumurkan dengan bawang putih, halia, dan garam


Masukkan semua bahan kisar ke dalam kuali


Masukkan ayam


Grill di atas pemanggang


Saya suka yang ada efek garing


Siap!


Post a Comment

0 Comments