Rich Dad Poor Dad


Pagi ni refresh otak tentang ilmu bisnes dan kewangan. Buku Rich Dad Poor Dad ni dah lama saya beli, tahun 2013 rasanya, dah baca beberapa kali. Best sebab gaya penulisan yang santai, senang faham, dan ada cerita.


Kenapa suka baca banyak kali? Sebab setiap kali baca, setiap kali itulah minda akan terbuka. Buat saya berfikir benda baru. Dan ini juga adalah salah satu aktiviti untuk mental self-care.


Lagi satu, tips supaya kita sentiasa on track ialah dengan sentiasa mendekati ilmu. Orang berilmu tidak pernah rugi. Orang berilmu sentiasa mempunyai keyakinan diri.


Buku Rich Dad Poor Dad, hasil tulisan Robert Kiyosaki. Ini adalah antara best-selling book tentang kewangan. Ada sembilan topik semuanya.


1. Orang Kaya Tidak Bekerja Untuk Wang

2. Kenapa Perlu Belajar Pendidikan Kewangan?

3. Jaga Bisnes Sendiri

4. Sejarah Cukai dan Kuasa Syarikat

5. Orang Kaya Mencipta Wang

6. Kerja Untuk Belajar, Bukan Demi Wang

7. Mengatasi Halangan

8. Bermula

9. Mahu Lagi? Ini Senarai Apa Yang Patut Dibuat


Nak dapatkan buku Rich Dad Poor Dad? Boleh dapatkan secara online di Shopee ya. Tekan link ini https://shp.ee/k2sicxq 




Post a Comment

0 Comments