Sederhana dan Seimbang Dalam Self-Care


Alhamdulillah sekarang dah ramai yang mula peka tentang self-care dan penjagaan kesihatan mental.

Self-care bukan hanya fokus pada pemakanan dan senaman, tapi lebih dari itu.

Self-care adalah apabila kita mengambil berat tentang kesejahteraan fizikal, mental, emosi, dan ada lagi beberapa aspek lain. Jaga sekurang-kurangnya tiga aspek ini untuk mendapatkan kehidupan yang lebih seimbang.

Bukan apa, ada sesetengah orang ni, mentang mentang la dia dah stop ambil gula putih, dituduhnya orang yang masih ambil makanan atau minuman manis tak sayang badan, makan racun la, apa la.

Tengok ibu bapa bagi anak makan fast food dituduhnya tak sayang anak. Bukannya makan setiap hari. Sekali sekala merasa tak salah pun. 

Baguslah dah mula menjaga kesihatan fizikal, tapi mental dan emosi pun kena jaga sekali sis. Ini tak, asal tak sama dengan dia je terus nak kecam, itu maknanya ada masalah emosi. Kena betulkan bab itu dulu sis.



Kehidupan setiap manusia berbeza. Tidak ada cara yang betul atau salah dalam proses atau aktiviti penjagaan diri (self-care). Asalkan kita gembira, bahagia, seimbang luaran dan dalaman, berusaha menjaga kesihatan mental dan fizikal. Itu dah cukup.

Rileks rileks sudah. Tak perlu nak extreme sangat. Tak perlu nak kecam bila orang lain tak sama tindakan dengan kita. Biasanya yang jenis extreme ini la akan ada macam-macam masalah di kemudian hari.

Apa sahaja yang kita buat, kuncinya adalah sederhana dan seimbang.