Rak Letak Oven dan Microwave


Sudah lebih seminggu rak untuk letak oven dan microwave ni sampai ke rumah, hari ni baru sempat nak update kat sini. Rak ini bukan hanya sesuai untuk letak oven dan microwave, boleh letak apa sahaja yang kita suka.



Alhamdulillah cantik sangat. Sampai dalam keadaan sempurna tanpa cacat cela, tak ada calar atau kemik. Skru apa semua cukup lengkap. Nak pasang pun senang je, tapi bukan saya la yang pasang, suami yang tolong pasangkan. 😆



Saya guna rak ni untuk letak microwave dan air fryer. Sebelum ni air fryer letak di atas kabinet dapur dan microwave letak atas rak lain yang jenis empat tingkat. 



Lepas tu saya ada ubah sikit kedudukan barang-barang kat dapur. Nak letak microwave kat atas kabinet sekali dengan air fryer, tapi ruang pula terhad sebab dapur kecil je. Ya lah dapur rumah atas kayangan ni kebanyakannya memang bersaiz comel-comel, macam saya ehhh.

Itu yang terus beli rak macam ni, boleh letak atas kabinet. Microwave saya letak di bahagian bawah, air fryer saya letak di bahagian atas. Puas hati dapat jimatkan ruang yang ada.

Rak ini ada tiga pilihan warna iaitu iaitu black, light brown, dan dark brown. Saya punya warna light brown.

Beli di mana? Semestinya di Shopee pee pee, saya kan kaki Shopee tegar hehe.

Siapa yang nak beli boleh tekan link ini ya https://shp.ee/p6tgcqk

Gambar yang ini dari kedai Shopee tersebut


Post a Comment

6 Comments

  1. Cantik. Bila susun mcm ni nampak kemas sikit ruang memasak😊💕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Nak memasak pun rasa seronok dan bertambah semangat hehe.

      Delete
  2. Mudah ada rak macam ni. Pernah survery sebelum ni jenis tepi dia zig zag. Tapi itulah belum terbeli lagi. Nampak lebih menarik susun oven dan microwave atas bawah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu jimat space untuk dapur kecil dan senang nak guna...atas bawah je.

      Delete
  3. ammi haritu berkenan jugak dengan yg atasnya kayu ni..tp bila ukur tak muat pulak oven ammi. oven tu terlebih 3 inci. ammi beli yg top adjustable je skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oven saya pun letak kat rak biasa je sebab tak muat hehe. Ini saya letak microwave dengan air fryer.

      Delete