Pertama Kali Pergi ke Rumah Kueh Kak Zu di Kajang


Cerita hari ini...


Aku ni kan suka follow dan menjamu mata di akaun Instagram yang berkaitan makanan. Salah satunya ialah akaun IG Rumah Kueh Kak Zu. Rasa seronok walaupun hanya tengok melalui gambar. Terapi melalui makanan gituuu.

Apabila dah selalu tengok akan timbul rasa terliur haha. Maka, hari ni bergerak lah aku dengan suami pergi ke Rumah Kueh Kak Zu yang terletak di Taman Sri Kenari, Kajang, Selangor. Seronok bukan main weh. Feeling macam masuk shopping mall, cuma yang ini versi makanan.

Kenapa aku kata feeling macam masuk shopping mall? Kalau sesiapa yang selalu follow story di Facebook dan Instagram, mereka akan tahu bahawa aku ni suka pergi mall walaupun tak beli apa-apa hehe. Pergi sekadar pusing pusing cuci mata, lepas tu lepak makan dan balik.


Okay kembali kepada cerita Rumah Kueh Kak Zu.


Masuk je dalam kedai tu terus aku berjalan tengok apa yang ada di atas rak dan dalam chiller fridge, sambil ambil gambar sebab nak update di media sosial. Rambang mata aku. Rasa macam nak beli setiap jenis makanan yang ada kat situ. Semua makanan yang ada tu aku suka haha.

Memang selesa membeli di Rumah Kueh Kak Zu sebab ruangan besar, bersih, kemas, dan teratur. Staff pun baik. Semua menu dah siap dipamerkan nama dan harga. Ada pelbagai jenis kuih, kek, puding, roti, dan cookies.

Lokasi kedai di Jalan Sri Kenari 14, Taman Sri Kenari, Kajang, Selangor. Boleh Waze atau Google Maps untuk lokasi yang tepat.

Kalau tak nak pergi sana, boleh order online melalui website Rumah Kueh Kak Zu. Lagi mudah sebab penghantaran terus ke rumah.

Sekian review ikhlas dari pencinta makanan. Ok bye!


Ini masa mula-mula sampai. Wajib ambil gambar view depan kedai dulu.




Nahhh inilah hasil tangkapan siang tadi. Cukuplah untuk makan berdua.