Yakin dan Percaya


Aku selalu terbaca komen-komen sama ada di facebook dan instagram, terutamanya di posting yang bercerita tentang kejayaan, beli rumah, beli kereta, melancong sana sini, dan seumpamanya.

Komennya lebih kurang begini…

“Senangnya dapat beli rumah besar, banyak betul duit dia ni, tak payah nak kerja keras macam kami.”

“Bestnya diaorang dapat melancong pusing Europe, aku mampu tengok je lah, tak payah bermimpi memang tak dapat pergi pun.”

“Ahhh kau untung la boleh beli kereta mahal, kalau aku ni mustahil la nak dapat, bau kereta mahal pun tak.”


Kenapa mengalah sebelum berjuang? Kalau kita tak cuba, tak mulakan langkah pertama, kita tak akan tahu sejauh mana kita boleh berlari.

Sesungguhnya Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya.


Setiap orang yang berjaya mereka ada satu prinsip iaitu, yakin dan percaya pada diri. Sebelum mulakan usaha kita perlu ada ilmu serta strategi yang tersusun dari awal perjalanan sehingga ke penamat.

Berjaya atau tidak itu perkara kedua. Apa yang penting adalah kesungguhan dalam diri kita.

Kalau kita sendiri pun tak percaya pada kelebihan dan kekuatan diri, habislahhh! Macam mana orang lain nak percayakan kita?


Aku teringat pada satu quote ni… YOU CAN’T CONTROL THE RESULTS, YOU CAN ONLY CONTROL YOUR EFFORT LEVEL AND FOCUS

Kita tak boleh kawal hasil yang akan kita dapat, kita tak tahu berapa banyak yang Tuhan nak bagi pada kita, itu semua di luar kawalan kita. Yang kita boleh kawal hanya tahap usaha dan fokus kita sahaja.

Tiada benda mudah dalam dunia ni. Nak sesuatu semuanya perlukan usaha yang maksimum. Kena usaha dulu tengok apa hasilnya. Mereka yang berjaya tu tidak ada seorang pun yang dapat hasil dari duduk goyang kaki. Nanti apa pun tak dapat.


Image by Alexa from Pixabay