Untuk Kalian Yang Masih Bergelut Dengan Ujian Kesihatan Mental


Pesanan untuk kalian yang masih bergelut dengan ujian kesihatan mental, yang masih berusaha keras untuk keluar dari kesukaran tersebut.


1. Tidak mengapa jika mengelak atau tidak mahu berjumpa dengan orang tertentu.

2. Tidak mengapa jika sesekali rasa letih, sedih, dan kurang bersemangat.

3. Tidak mengapa jika tidak mahu berada dalam majlis atau tempat tertentu.

4. Proses penyembuhan adalah secara berperingkat. Bagi masa untuk diri sendiri.

5. Kalian berhak untuk mendapat kehidupan yang tenang, gembira, dan bahagia. Jadi fokus kepada usaha untuk menikmati kehidupan tersebut.

6. Tahniah atas segala kesedaran dan usaha untuk bangkit, dari hari pertama hingga ke hari ini. Walaupun sukar, kalian sudah buat yang terbaik.


Love and take care of yourself okay! Menjaga kesihatan mental adalah satu perjalanan yang berterusan sehingga ke akhir hayat. Bukannya dibuat mengikut tempoh masa tertentu.


Image by Serena Wong from Pixabay