Jangan Buat Sesuatu Semata-Mata Untuk Memuaskan Hati Orang Lain


Tidak perlu buat sesuatu semata-mata untuk memuaskan hati orang lain.

Kita ni kalau asyik nak puaskan hati orang, sedangkan diri sendiri tertekan, tidak ada gunanya. Benda macam ni tak akan habis sebab manusia ni tak akan pernah puas. Lama kelamaan akan bagi kesan negatif pada kualiti hidup dan kesihatan mental kita.


Contohnya apa? Okay contohnya kita terlampau berusaha untuk buat orang suka pada kita. Apa orang kata, try hard sangat sehingga hati dan perasaan sendiri terabai, sehingga menyusahkan diri sendiri.

Ada yang sampai sanggup berhutang semata-mata nak belanja kawan, nak tunjuk dia kaya, sebab dia anggap bila kaya ramai yang suka mendekat, ramai yang suka berkawan, orang sanjung, dan sebagainya. Hakikatnya, tidak. Kalau suka pun buat buat suka je.

Ada juga yang sanggup berhutang untuk membeli barang berjenama dari kepala sampai ke kaki. Semata-mata untuk menarik perhatian orang lain sama ada di luar atau di media sosial.

Nak bagi orang tengok dia nampak wowww cantiknya kayanya bergayanya. Padahal orang tak kisah pun, orang wowww sekejap je. Akhirnya yang susah adalah diri sendiri. 

Atau pun mana-mana wanita yang berkahwin tetapi mentua tak berapa suka. Lepas tu duduk pulak satu rumah dengan mentua dan ipar duai. Kalau nak tahu ada yang sanggup menjadikan diri sendiri macam hamba dalam rumah itu semata-mata nak ambil hati semua orang, nak bagi orang suka. 

Akhirnya diri sendiri yang penat, sakit hati, dan tertekan. Kita kena ingat, orang ni kalau dia dah tak suka, buat baik macam mana pun dia tetap tak suka, sebab dia dah set dalam kepala untuk melihat kelemahan dan keburukan berbanding kebaikan. Jadi berpada-pada lah jangan sampai menyeksa diri.



Orang yang praktik self-care dalam hidup dia tak kisah pun orang suka dia ke tak. Apa yang penting adalah dia dapat hidup tenang, gembira, dan bahagia dengan cara sendiri, dengan apa yang ada mengikut kemampuan.

Kesimpulannya, be yourself. Terus buat kebaikan dan dalam masa yang sama hati dan perasaan sendiri kena jaga. Letakkan diri kita sebagai keutamaan.

Tak perlu la nak acah-acah biarkan ku derita asalkan kau bahagia. Orang semua berusaha nak bahagia. Kita pulak sengaja nak mencipta derita dah kenapa? Sayangi diri, enjoy your life, and be happy okay.